telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

SEMAIAN DAN CANTUMAN POKOK BUNGA

Kemaman,19 April : Program Kemahiran Teknik Semaian dan Cantuman Pokok Bunga anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kemaman telah diadakan di perkarangan Caring Community House (CCH) Jalan Dato, Kemaman.

2

 

 

Program yang bermula pada jam 8.30 pagi itu telah dirasmikan oleh 15 orang kes pengawasan Kemaman, 5 orang pegawai dari Pejabat Pertanian Kemaman dan 9 orang kakitangan AADK Kemaman. Teori mengenai semaian telah disampaikan oleh En. Ahmad Saif bin Salmizi, Pegawai Pertanian yang memberikan panduan secara teori kaedah-kaedah semaian dan kaedah tanaman secara fertigasi. Ceramah teknik cantuman pula disampaikan oleh En.Ab Halim bin Abd Ghani. Penolong Pegawai pertanian yang menerangkan teknik-teknik cantuman tampang pada dahan pokok

1

Selepas teori taklimat, perlaksanaan amali semaian benih pokok bunga pula ditunjukkan oleh En. Mat Nahi bin Awang, pegawai daripada Jabatan Pertanian melalui latihan amali yang dibuat, peserta dapat memahami lebih lanjut mengenai teknik-teknik tanaman dan cantuman pokok secara betul. Selain itu penjagaan benih pokok mengikut agronomi yang betul diterangkan secara menyeluruh supaya tumbesaran pokok cepat membesar dan tidak terencat. Sesi soal jawab bersama penceramah juga diadakan bagi menjawab persoalan yang kurang difahami sepanjang program berjalan.

Peserta-peserta memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk membina ilmu kemahiran dalam menjayakan program ini. Program latihan kemahiran ini mampu meningkatkan keyakinan peserta dan membuka peluang untuk menceburi bidang pertanian khusus semaian landskap secara komersial.

=tamat=

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106235

moha qrcode