telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

MESYUARAT PRSM 12.12.12

 

Kajang, 17 Disember 2012 : Pada tarikh yang cukup istimewa ini, 12.12.2012 bertempat di Dewan Auditorium, Aras 1, Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan telah berlangsungnya Mesyuarat Agong Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya Malaysia (PRSM) buat kali yang pertamanya. Seramai 60 orang ahli PRSM yang mewakili seluruh negeri (kecuali negeri Sabah dan Sarawak) telah hadir. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Y. Brs Encik Izhar bin Abu Talib, Pengarah Rawatan Perubatan dan Pemulihan, Agensi Antidadah Kebangsaan.

Dalam ucapan perasmian tersebut, Y. Brs Encik Izhar Abu Talip mengucapkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada PRS kerana telah berjaya menubuhkan sebuah persatuan yang berdaftar secara rasmi. Selain itu juga, beliau turut menyarankan agar kecemerlangan ini perlu diteruskan lagi oleh semua ahli PRSM agar dapat menjalankan fungsi dan peranan sebagai PRS yang berjaya dan berkesan.

Mesyuarat diteruskan lagi dengan upacara pemilihan bagi jawatan tertinggi di dalam persatuan PRSM. Bagi jawatan Yang Dipertua PRSM disandang oleh Tuan Haji Syed Nor Saefuddin bin Syed Ismail, Timbalan Yang Dipertua disandang oleh Encik Azyadee bin Abd Wahid, Bendahari pula disandang oleh Encik Rosli bin Adam dan akhir sekali bagi jawatan Setiausaha disandang oleh Encik Chandramohan.

Sebagai penutup mesyuarat Yang Dipertua PRSM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan Mesyuarat Agong PRSM kali pertama ini dan seterusnya menangguhkan mesyuarat berkenaan.

Disediakan oleh: Bahagian Rawatan Perubatan dan Pemulihan.

-TAMAT-

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106240

moha qrcode