telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

GAMBARAN POSITIF MASYARAKAT

 

Kota Tinggi, 5 Disember 2012 ÔÇô Cure and Care Service Centre (CCSC) daerah Johor Bharu telah mengadakan program Sukan dan Riadah serta Integrasi Masyarakat bertempat di Kg. Johor Lama, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini. Seramai 32 orang terdiri daripada 17 kakitangan dan 15 orang residen yang diketuai oleh Ketua CCSC Johor Bahru, Puan Salmiah binti Saliman terlibat dengan program tersebut yang dimulakan dengan sesi mendengar taklimat ringkas program yang disampaikan oleh penyelaras program iaitu En Muhamad Nazri bin Noh dan juga ucapan daripada Penolong Pengarah Cawangan Rawatan dan Pemulihan AADK, Puan Faezah Hayati binti Harun.

Hari pertama telah diadakan perlawanan bola sepak persahabatan bersama belia Kg. Johor Lama, Kota Tinggi, aktiviti memasak BBQ, aplikasi urutan refleksologi dan aktiviti memancing. Pada keesokannya pula, peserta program serta penduduk Kg. Johor Lama dan kakitanagn Majlis Daerah Kota Tinggi telah menyertai Program Senaman Seni 1 Malaysia yang dianjurkan Majlis Daerah Kota Tinggi, Johor.

Ceramah, pameran dan pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan juga telah diadakan pada hari program tersebut. Selepas itu, Program Integrasi Masyarakat dan gotong-royong telah diadakan di Sekolah Agama Telok Sengat, Kota Tinggi. Selepas program tersebut, para peserta telah dibawa melawat ke Taman Buaya, Telok Sengat.

Majilis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Hisyam, Setiausaha Majlis Daerah Kota Tinggi. Diharapkan dengan penganjuran program tersebut, para residen CCSC Daerah Johor Bharu dapat beriadah sambil memberi sumbangan kepada komuniti setempat. Ini dapat memberi gambaran positf kepada asyarakat terhadap residensi CCSC seterusnya transformasi AADK.

Artikel disediakan oleh: Muhammad Zulhilmi bin Miskam (AADK Negeri Johor)

-Tamat-

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106240

moha qrcode