telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

BINTANG SKUAD 1MALAYSIA PULAU PINANG 2012

 

Pulau Pinang, 12 Disember 2012 - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang sekali lagi melakar sejarah dengan mengadakan Pertandingan BINTANG SKUAD 1Malaysia 2012. Program yang mendapat kerjasama sepenuhnya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang telah diadakan pada 8 Disember yang lalu di Auditorium P.Ramlee menampilkan 12 finalis yang terdiri daripada ahli-ahli SKUAD 1Malaysia Pulau Pinang. Dengan nyanyian yang bertemakan Irama Malaysia, 250 orang penonton yang hadir telah disajikan denagn lagu-lagu menarik dan persembahan yang memukau.

Pertandingan akhir yang disempurnakan oleh En. Mohd Rizal bin Mohd Hamdan, Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang ini turut diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh 50 orang pelajar dari Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. BINTANG SKUAD 1Malaysia Pulau Pinang 2012 yang julung kali diadakan ini telah menampilkan Mohd Fadzly bin Abd Rahman, ahli SKUAD 1Malaysia Daerah Barat Daya yang membawakan lagu Tak Seindah Wajah yang pernah dipopularkan oleh Tan Sri Dato SM Salim sebagai Juara Selain bergelar Juara, beliau juga membawa pulang Anugerah Persembahan Vokakl Terbaik. Tempat kedua pula dimenangi oleh Mohd Khaire Attandol, ahli SKUAD 1Malaysia Timur Laut dan tempat ketiga disandang oleh Azzerulnizar bin Azizan mewakili SKUAD 1Malaysia Barat Daya. Bagi Anugerah Persembahan Terbaik, para juri telah sebulat suara memilih Mohamad Syafiq bin Raside sebagai pemenang.

Pertandingan BINTANG SKUAD 1Malaysia Pulau Pinang 2012 diakhiri dengan persembahan Flash Mob dari The Vatsixty9.

Artikel disediakan oleh : Madya b Madon (AADK)

-Tamat-

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106240

moha qrcode