telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

AADK IDOL 2012 PLATFORM TERBAIK TONJOL BAKAT SENI SUARA

 

Putrajaya, 5 Disember 2012 ÔÇô Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sekali lagi menganjurkan Pertandingan AADK IDOL pada 4 Disember 2012 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Program berkenaan diserikan dengan kehadiran Y.B DatoÔÇÖ Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan isteri serta Y. Bhg. Puan Sri DatoÔÇÖ Zuraidah Haji Mohamed, Ketua Pengarah AADK.

Bertujuan bagi menonjolkan bakat klien khususnya dalam bidang seni suara serta sebagai satu penghargaan dan galakan kepada klien agar terus menggunakan kebolehan dan kemahiran tersebut dalam memotivasikan diri mereka untuk kembali berfungsi di dalam masyarakat. Malah pertandingan seperti ini juga boleh dijadikan platform untuk mereka meningkatkan potensi diri dalam bidang muzik serta dapat menjadikannnya sebagai sumber pendapatan di masa hadapan.

Bertemakan ÔÇ£Vibrant & AliveÔÇØ, AADK IDOL 2012 menyaksikan pertandingan sengit antara 11 orang peserta kategori solo terdiri daripada 5 orang staf AADK dan 6 orang klien di Cure and Care Rehab Centre serta Klinik Cure & Care 1 Malaysia. Manakala bagi kategori duet, 6 pasangan duet (kombinasi klien dan staff AAADK) yang telah menjadi juara di peringkat zon masing-masing berentap pada pertandingan edisi kedua pada tahun ini. Bagi memeriahkan lagi pertandingan, beberapa artis terkenal tanah air dijemput untuk membuat persembahan iaitu Aris Ariwatan, Stacy, Black Mentor dan Zehra Zambri.

Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh YB DatoÔÇÖ Wira Abu Seman bin Yusop. Para pemenang tempat ketiga, naib johan dan johan bagi setiap kategori membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai sebagai penghargaan serta pengiktirafan terhadap bakat yang dimiliki oleh mereka.

Hasil pemarkahan yang dibuat oleh 3 orang juri professional, kategori persembahan terbaik menjadi milik peserta daripada Klinik Cure & Care 1 Malaysia Karangan iaitu Mohd Ridzwan bin Rosimi. Manakal vokal terbaik telah dijuarai oleh Shahrun Ridzuan bin Tawfek Ahmad dari Klinik Cure & Care 1 Malaysia Tampoi. Juara kategori duet telah diungguli oleh Mohd Zaidi bin Hassan dan Mohd Norhisham bin Hamzah daripada Ibu Pejabat AADK, naib johan jatuh kepada pasangan Nor Hajar Aswat binti Kamis dan Izwan Faiz bin Rafie dari Kedah. Manakala Che Khairul Aminudin Abdul Rahman serta Mohd Zilfalily bin Mohamed Adanan dari Klinik Cure & Care 1 Malaysia Kota Bharu mengiringi kedua-dua pasangan duet tersebut dengan berpuas hati berada di tempat ketiga.

Bintang Sharun Ridzuan bin Tawfek Ahmad dari Klinik Cure & Care 1 Malaysia Tampoi bersinar sekali lagi apabila beliau telah dinobatkan sebagai johan kategori solo diikuti Faris Abdullah bin Abdul Rahman dari CCRC Perlop sebagai naib johan dan tempat ketiga jatuh kepada Azman@Herman bin Sabar dari AADK Sandakan.

 

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106241

moha qrcode