telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

PROGRAM OUTREACH ORANG SEKATAN (OS) DAN PENGGANTUNGAN PERINTAH TAHANAN (PPT) SIRI 4 TAHUN 2012

Tapah, 3 November 2012 - Program Outreach Orang Sekatan (OS) dan Penggantungan Perintah Tahanan (PPT) Siri 4 Tahun 2012 telah dilaksanakan di Dewan Bukit Pagar kelolaan Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah, Perak Darul Ridzuan. Program Outreach adalah suatu program pemulihan yang diadakan khusus untuk orang-orang yang dikenakan Perintah Sekatan Dan Penggantungan Perintah Tahanan di bawah ADB (LLPK) 1985 dan Akta Pencegahan Jenayah 1959.

Objektif utama program adalah supaya OS dapat menyesuaikan kehidupan mereka dengan masyarakat setempat dan membantu proses pemulihan sebelum mereka kembali kepada kehidupan normal selepas tamat perintah sekatan.

Program ini dirasmikan oleh Tuan Syed Abu Bakar bin Syed Hassan TSUB (KK)1 dan telah dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan dari Kementerian Dalam Negeri, Wakil Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan IPK Johor,Pegawai Kanan dari Jabatan Penjara Malaysia, Ketua-Ketua Balai IPD yang terlibat, pegawai JKM, pegawai JTK Negeri Johor dan lain-lain.

Seramai 45 orang sekatan hadir daripada 61 orang jumlah keseluruhan orang sekatan di 8 daerah terbabit. Jumlah yang hadir mengikut pecahan Akta/Ordinan ialah :

       a.     23 orang di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959

       b.     22 orang di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985,

Aturcara program yang dijalankan ialah latihan dalam kumpulan (LDK), ceramah motivasi, taklimat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, taklimat oleh Jabatan Tenaga Kerja, taklimat oleh PDRM, forum (penerangan dan soal jawab) yang mana telah dilaksanakan dengan jayanya seperti yang dirancang. Ceramah motivasi yang berkonsepkan motivasi diriyang bertajuk ÔÇÿHargailah Peluang KeduaÔÇÖ yang disampaikan oleh Ustaz Hj.Zamihan bin Hj.Mat Zin merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam KDN yang dijemput khas untuk program tersebut. Beliau turut menggunakan pendekatan hubungan dua hala, perkongsian pengalaman dan kata-kata berbentuk nasihat. Peserta memberi perhatian dengan penuh minat sepanjang sesi ceramah tersebut.

 

-Tamat-

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106226

moha qrcode