telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

SAMBUTAN HARI ANTIDADAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Kajang, 4 Mac 2014 ÔÇô Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan 2014 dan perasmian ini telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata, pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh AADK dalam mengharungi isu dan masalah dadah seperti outreaching, lawatan ke rumah, homeÔÇôbased treatment, serta memberikan sokongan langsung kepada klien dan ahli keluarga yang terlibat dengan permasalahan dadah merupakan satu usaha murni ke arah menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Pada sambutan yang bertemakan "AADK Prihatin, Rakyat Sejahtera" ini, Ahmad Zahid merasmikan logo baharu AADK dan melancarkan perkhidmatan terbaharu AADK iaitu Klinik Bergerak Cure & Care 1Malaysia.

Sehubungan itu, beliau turut memaklumkan bahawa AADK telah menyediakan perkhidmatan perubatan, rawatan dan pemulihan secara terbuka melalui Klinik Cure and Care 1Malaysia sejak tahun 2010.

ÔÇ£Sehingga kini, kerajaan telah berjaya menubuhkan 12 buah Klinik Cure and Care 1Malaysia di seluruh negara dan seramai┬á 39,452┬á orang telah mendapat perkhidmatan. Daripada jumlah tersebut, 13,256 orang (33.6%) merupakan klien inpatient, 11,342 orang (28.7%) merupakan klien outpatient dan 14,854 orang (37.6%) merupakan klien hasil rujukan dan advokasi,ÔÇØ katanya.

Beliau menambah, jalinan kerjasama yang erat di antara AADK dengan Social Care Foundation bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia telah dapat membuahkan hasil yang positif ke arah pendekatan baru rawatan dan pemulihan.

ÔÇ£Melalui kerjasama ini AADK telah diberi sebuah bas, Klinik bergerak Cure & Care yang dapat beroperasi di kawasan luar bandar yang sukar mendapatkan perkhidmatan AADK,ÔÇØ katanya.

Majlis yang berlangsung di Perkarangan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Kajang Selangor ini telah dihadiri oleh seramai 1000 orang pengunjung.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha KDN, DatoÔÇÖ Mohamad Khalid Hj. Shariff, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Zuraidah Mohamed dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial Tan Sri Robert Phang.

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106230

moha qrcode