telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

PERTEMUAN MENTERI DALAM NEGERI BERSAMA PETUGAS POLIS PRK N25 KAJANG

Kajang, 13 Mac 2014 ÔÇô Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan dan berpeluang untuk bersesi dialog bersama anggota-anggota polis yang juga merupakan petugas-petugas untuk Pilihanraya Kecil N25 Kajang.

Dalam pertemuan ini, beliau telah diberi taklimat keselamatan berkenaan Prk Kajang oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Pahlawan Mohd Shukri Dahlan.

Dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan tersebut, Ahmad Zahid memaklumkan seramai lebih 3000 anggota polis akan dikerah ke kawasan Kajang bagi memberi jaminan keselamatan awam di samping memberi tumpuan kepada masalah utama iaitu kesesakan lalulintas di kawasan terbabit.

ÔÇ£Kami menumpukan kepada memperbanyakkan pegawai-pegawai trafik sepanjang penugasan dijalankan kerana di Kajang, masalah kesesakan lalu lintas menjadi masalah utama,ÔÇØ katanya.

Beliau menambah majoriti jumlah keanggotaan ini telah diambil dari setiap daerah di Negeri Selangor bagi mengurangkan kos pengurusan pasukan polis secara keseluruhan untuk pilihanraya kecil itu.

Sementara itu, beliau turut berpesan kepada semua parti politik yang bertanding supaya berkempen dengan cara yang baik dan tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh menganggu gugat ketenteraman awam.

Beliau menambah, proses penamaan calon baru-baru ini merupakan yang terbaik dan perlu dijadikan penanda aras supaya tempoh berkempen dan hari pengundian dapat berjalan dengan lancar dan tenteram.

Pertemuan ini berlangsung di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Rahim Jaafar,Ketua Cawangan Khas Selangor, Komandan Maktab Pegawai Kanan Cheras dan Ketua Polis Daerah Kajang.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106225

moha qrcode