telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

LAWATAN KERJA KSU KDN KE KELANTAN BERSAMA UNIT PENCEGAHAN DAN PENYELUDUPAN (UPP)

Tumpat, 28 Mac 2014 -┬á Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, DatoÔÇÖ Mohamad Khalid Hj. Shariff telah mengadakan lawatan kerja ke sempadan Malaysia-Thailand di Pengkalan Kubor, Tumpat Kelantan.

Lawatan ini bertujuan meninjau tapak cadangan membangunkan pagar keselamatan sempadan Malaysia-Thailand antara negeri Kelantan-Narathiwat dan ia melibatkan jarak sejauh 126 kilometer.

Cadangan pembinaan bergantung kepada peruntukan kewangan semasa pihak kerajaan dan perkara ini sedang dalam peringkat kajian oleh Jawatankuasa Pasukan Teknikal Pagar Keselamatan.

Projek ini adalah selaras dengan hasrat Menteri Dalam Negeri yang mahukan perkara ini diberi perhatian serius dan ditangani segera oleh pihak-pihak berkaitan.

Tambahan pula, ia merupakan salah satu pelan transformasi kerajaan bagi mengurangkan aktiviti penyeludupan di sempadan negara.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN, DatoÔÇÖ Alwi Haji Ibrahim dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Perlolehan) KDN, Dato Adenan Abdul Rahman.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri turut berhasrat untuk memperkasakan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) melalui perluasan UPP ke negeri Sabah dan Sarawak. 

Dalam pada itu, KSU KDN turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada isteri Mohd Ropi Md. Zain, pembantu penguat kuasa Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan KDN cawangan Kelantan kerana menghidap penyakit kanser lidah sejak 4 bulan lalu.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106225

moha qrcode