Putrajaya, 14 Januari ÔÇô Seramai 13,000 orang telah hadir memeriahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H/2014M yang berlangsung di Putrajaya. Majlis ini diadakan bagi memperingati jasa dan pengorbanan junjungan besar Nabi Muhammad SAW atas risalah islam yang dibawa oleh baginda kepada umat manusia.
Bertemakan ÔÇ£Wasatiyyah Tonggak Kesatuan UmmahÔÇØ majlis sambutan bagi peringkat kebangsaan ini disambut dengan penuh rasa kecintaan oleh para peserta kepada baginda Rasulullah SAW.
Majlis bermula dengan perarakan daripada 151 kontinjen melibatkan jarak sejauh 1.7 kilometer. Perarakan ini bermula dari bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan berakhir di perkarangan Masjid Putra.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri turut terlibat dalam perarakan ini dan kontinjen diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN DatoÔÇÖ Wan Ali Besar.
Turut berangkat dalam majlis ini Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Sutanah Hajah Haminah Hamidun.