telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KDN BULAN APRIL 2014

Putrajaya, 8 April 2014 - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah hadir menyempurnakan Perhimpunan Bulanan bersama warga KDN di Putrajaya hari ini.

Perhimpunan bermula dengan persembahan tarian kebudayaan oleh Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Johor dan persembahan koir oleh Briged Kesenian Jabatan Pendaftaran Negara.

Dalam ucapan perasmian, Ahmad Zahid berkata pengurusan tertinggi KDN akan sentiasa komitmen melaksanakan perubahan-perubahan yang bersifat dinamik bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman negara.

ÔÇ£Pada tahun ini Pengurusan Tertinggi KDN telah menambah sebanyak 57.8% lagi komitmen terhadap Key Performance Indicators (KPI) Bahagian dan Jabatan daripada 45 KPI┬á pada tahun lalu, kepada 71 KPI pada tahun 2014 bagi melaksanakan perubahan-perubahan yang bersifat strategik, dinamik, fleksibel, pantas berimpak tinggi dan selari dengan kehendak Outcome Base Bugeting (OBB) dalam usaha┬á mengekalkan keselamatan dan ketenteraman negara tercinta,ÔÇØ katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di atas usaha dan komitmen yang telah ditunjukan oleh pasukan itu dalam menanangi insiden melibatkan kemalangan dan bencana.

ÔÇ£Tahniah kepada pasukan MERS 999 JPAM (Malaysia Emergency Response System 999) kerana saya mendapat maklumat bahawa sepanjang tahun lalu sahaja JPAM telah menangani sebanyak 119,701 kes kemalangan dan bencana dan apa yang membanggakan saya, sepanjang tahun lalu juga, pasukan JPAM menerusi inisiatif merekayasa kesiapsiagaan MERS 999 telah membantu serta menyelamatkan seramai 58,235 mangsa kecemasan, trauma, kemalangan dan bencana,ÔÇØ jelasnya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan warga KDN agar terus konsisten dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan sentiasa menumpukan kepada enforcing the law yang merupakan satu core business KDN.

Di akhir program, Menteri Dalam Negeri turut berkenan menyampaikan sijil Anugerah Cemerlang Penyampaian 5 Bintang Malaysia Government Portals and Websites Assessment 2013 kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pengurusan) KDN dan sijil penghargaan kepada anggota UPP dan ATM di atas kejayaan pasukan ini dalam membanteras kegiatan pengedaran dadah di Kelantan baru-baru ini.

Seramai 2000 orang warga KDN, jabatan dan agensi telah hadir menjayakan perhimpunan yang berlangsung di Dewan Auditorium, Kompleks D Putrajaya ini.

 

 

 

 

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106225

moha qrcode