telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI KE DEPOH TAHANAN MACHAP UMBOO

Alor Gajah, 17 April 2014 - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengadakan lawatan kerja selama 2 hari ke Negeri Melaka dan berpeluang melawat Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo, Alor Gajah Melaka.

Dalam sidang media yang diadakan selepas mengadakan mesyuarat bersama pegawai dan anggota imigresen di lokasi berkenaan, Wan Junaidi berkata Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan tempoh selama dua minggu sebagai Indeks Penilaian Utama (KPI) bagi menghantar pulang pendatang tanpa izin ke negara asal mereka.

Tempoh selama dua minggu itu bermula daripada tarikh seseorang pendatang tanpa izin ditahan.

Beliau turut mengakui bahawa sasaran dua minggu itu agak sukar dicapai namun kementerian sudah mengenal pasti halangan yang akan diatasi segera.

"Tempoh itu sebagai penanda aras dan KPI untuk Jabatan Imigresen, namun kita mengakui terdapat beberapa proses melambatkannya termasuk dokumentasi yang bakal diberi kedutaan negara asal tahanan kepada kita.

"Selain itu, aspek sumber kewangan bagi tujuan penghantaran pulang tahanan juga perlu diambil kira kerana kementerian sudah menetapkan supaya kos berkenaan ditanggung kedutaan atau keluarga pendatang," katanya.

Jelasnya, sasaran itu bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan selain mengelak kesesakan teruk di pusat tahanan.

Sebagai contoh, di Depot Tahanan Machap Umboo yang mempunyai kapasiti 800 orang kini menampung 1,386 orang disebabkan proses penghantaran yang boleh mengambil masa sehingga dua bulan.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai kebimbangan masyarakat berhubung penyakit berjangkit yang dibawa oleh pendatang tanpa izin ke negara ini seperti penyakit tibi dan malaria.

Namun menurutnya lagi, kementerian akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi memastikan isu itu dapat dibendung serta menasihati orang ramai terutamanya mereka yang terlibat dalam sektor makanan supaya tidak menggaji pendatang tanpa izin melainkan mendapat pekerja asing berdaftar yang telah dipastikan tahap kesihatan mereka.

Turut hadir dalam lawatan ini, Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi dan Pemangku Pengarah Jabatan Imigresen Melaka Abu Bakar Sidek Hasan.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106224

moha qrcode