LAWATAN TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI KE RUMAH PERLINDUNGAN ATIP TANJUNG KLING
Tanjung Kling, 17 April 2014 - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengadakan lawatan kerja selama sehari ke Negeri Melaka dan berkesempatan melawat Rumah Perlindungan Atip, Tanjung Kling Melaka.
Dalam lawatan ini, beliau telah diberi taklimat operasi mengenai rumah perlindungan berkenaan sebelum berpeluang melawat persekitaran kawasan dan meninjau segala aktiviti yang sedang dijalankan oleh para penghuni rumah tersebut.
Rumah perlindungan ke-4, Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) yang rata-ratanya dihuni oleh warga India dan Vietnam ini diwujudkan bagi menempatkan mangsa kes pemerdagangan orang sebelum mereka dihantar pulang ke negara asal masing-masing.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi.