telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

HARI KELUARGA KDN 2014

Kajang, 19 April 2014 - Tanggal 19 April 2014 merupakan hari bermakna buat seluruh warga KDN kerana pada tarikh ini telah diadakan Hari Keluarga KDN 2014 yang berlangsung di Kompleks Sukan Penjara Kajang.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk menyemai jalinan persahabatan di antara warga KDN, jabatan dan agensi di samping menyuntik semangat kesukanan di kalangan para peserta yang bertanding dalam setiap acara yang dipersembahkan.

Dalam program ini, pelbagai acara telah diadakan melibatkan penyertaan daripada semua peserta iaitu kanak-kanak, remaja, dan dewasa. Turut dipersembahkan, acara vip dan acara khas tarik tali berpasukan, pertandingan mewarna, melukis, ukir buah, instagram candid camera, bayi comel dan lain-lain lagi.

Program turut dimeriahkan lagi dengan persembahan live band oleh pasukan PDRM.

Untuk tahun ini, pasukan rumah merah telah muncul sebagai johan diikuti pasukan rumah biru untuk naib johan dan pasukan rumah ungu untuk tempat ketiga.

Majlis yang diadakan secara gilang gemilang ini telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Seramai 5,000 orang peserta telah hadir menjayakan program ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff.

 


AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106225

moha qrcode