telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

IPSOM EXECUTIVE TALK: LUNCHEON TALK 2014

Putrajaya, 22 April 2014 ÔÇô Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) KDN telah tampil sekali lagi ke pentas masyarakat apabila mengadakan program ceramah berjudul IPSOM Luncheon Talk 2014 bertemakan Cabaran Keselamatan Awam Masa Kini.

Program ini disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan menampilkan tetamu kerhormat, seorang speaker undangan yang turut merangkap Felo IPSOM, Tun Mohammed Haniff Omar.

Dalam ucapan perasmian, Menteri Dalam Negeri menyentuh mengenai peranan IPSOM sebagai sebuah institut utama bagi mengurus isu keselamatan dan kesejahteraan awam melalui penyelidikan dan perkongsian ilmu.

Menurutnya, hasil dapat kajian yang dijalankan oleh IPSOM berkaitan isu-isu keselamatan dan kesejahteraan awam akan dijadikan rujukan bukan sahaja kepada Kementerian Dalam Negeri serta jabatan atau agensi dibawahnya, malah di peringkat Negara terutamanya dalam menggubal sesuatu dasar.

Sementara itu, Tun Mohammed Haniff Omar sewaktu menyampaikan ucapan beliau berkata, sudah menjadi peranan KDN dalam menangani apa jua isu dan perkara yang bersangkut paut dalam soal keselamatan awam dan negara.

Beliau yang juga merupakan Mantan Ketua Polis Negara selama 20 tahun berkata mengenai perlunya kerjasama masyarakat dalam membangunkan sebuah negara yang harmoni dan sekaligus dapat memastikan kehidupan rakyat terhindar daripada sebarang anasir yang boleh menggangu-gugat keselamatan dan kesejahteraan awam. 

Dalam program ini, Menteri Dalam Negeri turut berkenan menyampaikan Surat Penyerahan dan Pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Felo dan Editor Bersekutu IPSOM kepada profesor-profesor daripada universiti-universiti tempatan.

Menurut Zahid, Editor Bersekutu ini berfungsi dalam memastikan kandungan artikel-artikel di dalam 'journal of public security and safety' adalah berkualiti dan memenuhi piawaian akademik yang ditetapkan, serta dapat dibawa ke peringkat antarabangsa.

Program yang berlangsung di Dewan Gemilang KDN ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106215

moha qrcode