Kuala Lumpur, 28 April 2014 - Majlis Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan satu program bengkel mengenai pemerdagangan manusia berjudul ÔÇÿ2014 ASEAN Workshop on Criminal Justice Responses to Trafficking in Persons: Victims In The Criminal Justice ProcessÔÇÖ bertempat di Royal Park Hotel, Kuala Lumpur hari ini.
Program yang menampilkan para peserta dari Negara-Negara Asia Tenggara ini telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam ucapan perasmian beliau, Ahmad Zahid menyentuh mengenai komitmen Kerajaan Malaysia yang sentiasa komited dalam menangani isu berkaitan pemerdaganan orang.
Ini dapat dibuktikan melalui Akta Antipemerdagangan Orang yang mula dilaksanakan pada tahun 2007 dan dipinda pada tahun 2010 bagi meluaskan lagi definisi pemerdaganan manusia termasuklah isu eksploitasi pekerja di samping mengenakan denda yang lebih tinggi hasil keuntungan daripada kesalahan yang dilakukan itu.
Sementara itu, pindaan ini juga bertujuan menangani kes penyeludupan orang dan susulan daripada tujuan tersebut, akta ini dikenali sebagai Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran 2007.
Beliau turut menyentuh mengenai kesepakatan dan kerjasama erat yang harus dilakukan oleh Negara-Negara rantau ASEAN dalam memastikan jenayah pemerdagangan manusia ini dapat diatasi dengan cara terbaik.
ÔÇ£I sincerely hope that this Workshop will be able to promote consensus on the best way forward thereby assisting in the development of common approaches within and between countries in ASEAN on criminal justice responses to trafficking in personsÔÇØ
ÔÇ£A criminal justice response that seeks to end impunity for traffickers and secure justice for the victims,ÔÇØ katanya.
Bengkel ini merupakan kerjasama daripada Kerajaan Australia (Australian AID) dan Australia-Asia Program to Combat Trafficking in Persons (AAPTIP).
Bengkel yang diadakan selama 2 hari mulai hari ini antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai peranan mangsa dalam respons keadilan mereka terhadap jenayah pemerdagangan manusia di samping mempertimbangkan peluang dan strategi untuk memperbaiki keadaan semasa samaada di peringkat nasional mahupun serantau.