telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PENGANUGERAHAN PINGAT JASA PAHLAWAN NEGARA 2014

Miri, 13 Mei 2014 - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Datin Feona Abdullah telah hadir dalam satu Majlis Makan Malam Sempena Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Hotel Mega Miri Sarawak.

Majlis ini diadakan bagi meraikan petugas polis dan Polis Diraja Malaysia yang pernah berkhidmat semasa era darurat dahulu dan pengorbanan mereka di dalam mempertahankan kedaulatan negara di Sabah dan Sarawak bermula 1962 hingga 17 Oktober 1990.

Dalam ucapannya, Wan Junaidi melahirkan rasa gembira kerana berpeluang bertemu dengan pejuang-pejuang yang gigih berkorban mempertahankan maruah dan kedaulatan negara dari sebarang ancaman musuh.

Beliau juga menyeru kepada semua agar sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan serta menyokong usaha berterusan yang dilakukan oleh pasukan Polis Diraja Malaysia dalam memastikan keamanan negara terjamin dan berkekalan.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan KDN (Pembangunan dan Perolehan) Datuk Adenan Ab. Rahman dan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106218

moha qrcode