telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS IPD SELAMA, PERAK

Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah mencemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Selama Perak baru-baru ini.

Dalam titah Baginda, Raja Dr Nazrin Shah mencadangkan kepada pasukan polis supaya mengadakan Forum Perundingan sebagai usaha untuk memelihara keamanan dan menjamin keselamatan rakyat dan Negara.

Baginda bertitah, forum tersebut perlu diberi ruang penyertaan secara aktif kepada kumpulan pemikir, elit dan profesional supaya mereka dapat berdiskusi dan berbincang bagi menyelesaikan apa jua isu berhubung kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

ÔÇ£Kejayaan menangani isu ketenteraman awam lebih dipengaruhi oleh kaedah minda berbanding kekerasan. Kejayaan menjamin keselamatan negara lebih dipengaruhi melalui kemenangan peperangan minda daripada peperangan persenjataan," titah baginda.

Majlis ini diadakan bersempena dengan ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahulah, Sultan Yang Di-Pertuan Dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Majlis diserikan dengan persembahan pasukan pancaragam PDRM dan perbarisan kadet muda polis daripada para pelajar sekolah menengah yang turut disaksikan oleh kira-kira 1000 orang pengunjung.

 

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106216

moha qrcode