telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

LAWATAN MENTERI DALAM NEGERI KE PUSAT TAHANAN PERLINDUNGAN KAMUNTING

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan lawatan ke Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting, Taiping Perak baru-baru ini.

Lawatan ini bertujuan meninjau aktiviti yang dijalankan oleh banduan dalam menghasilkan beberapa produk pertanian dan penternakan haiwan selaras dengan konsep penjenamaan penjara tersebut yang sudahpun dikenali sebagai pusat tahanan agro.

Bercakap dalam sidang media selepas mengadakan taklimat bersama pegawai pusat koreksional berkenaan, Ahmad Zahid menjelaskan Kerajaan akan menyasarkan perolehan sebanyak RM1.5 juta tahun ini daripada sebarang aktiviti perniagaan agro yang dijalankan oleh banduan-banduan terbabit.

Aktiviti tersebut merupakan latihan kepada banduan-banduan untuk berdikari dan melibatkan diri dalam perniagaan agro seperti tanaman sayur, ternakan ikan air tawar, ternakan lembu dan seumpamanya apabila dibebaskan kelak.

Jelasnya lagi, apa yang penting adalah aspek latihan jangka panjang yang diberikan kepada banduan di pusat berkenaan bagi memudahkan proses asimilasi selepas dibebaskan.

ÔÇ£Jabatan ini akan bekerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) untuk pembiayaan modal jika ada banduan yang telah bebas mahu mengusahakan aktiviti agro selain pendapatan yang diperolehinya ketika di penjara yang kita pindahkan ke akaun persendirian," katanya.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan bahawa Pusat Tahanan Perlindungan ini merupakan Pusat Koreksional yang pertama di rantau Asean yang menjalankan kegiatan pertanian dan latihan kepada banduan.

Pusat yang telahpun tamat fungsinya sebagai tempat menahan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini telah dijadikan penjara agro, selaras dengan konsep sara diri yang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara kepada banduan.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Seri Zulkifli Omar.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121229

moha qrcode