telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI KE PULAU PINANG

Georgetown, 22 Mei 2014 - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengadakan lawatan kerja rasmi beliau selama dua hari ke Pulau Pinang bagi menyempurnakan program warung Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Caring Community House (CCH), Jalan Scotland.

Program ini disifatkan sebagai engagement bersama masyarakat dalam usaha untuk memberikan rawatan, pemulihan, pencegahan dan bantuan kepada bekas-bekas penagih dadah.

Antara Kementerian dan agensi yang melibatkan diri dalam program ini ialah Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

Pada sidang media yang diadakan selepas merasmikan program ini, Wan Junaidi berkata sebanyak 4,473 orang sedang menjalani rawatan di Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) manakala lebih 1,600 orang menjalani rawatan pemulihan secara sukarela di Klinik Rawatan dan Pemulihan 1Malaysia di seluruh negara.

Jelasnya lagi, pihak kementerian akan membuat kajian dan perbincangan secara menyeluruh dengan wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak berkaitan untuk menambah baik Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mewujudkan peruntukan undang-undang khusus berkaitan daun ketum.

"Usul penambahbaikan akta-akta itu diharap dapat dibentang di Parlimen sebelum 15 Jun 2015," katanya.

Sementara itu, beliau hadir mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Peringkat Negeri Pulau Pinang bersama wakil-wakil daripada setiap jabatan dan agensi di Bangunan Persekutuan, Jalan Anson.

Sejurus mesyuarat tersebut, beliau mengadakan perjumpaan tertutup bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Polis Diraja Malaysia untuk menyampaikan beberapa amanat penting berkaitan tugas-tugas yang perlu dipikul oleh pasukan keselamatan berkenaan dalam memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Hadir sama Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, Datuk Suhaimi Abdullah dan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Pulau Pinang, Puan Siti Rohani Ahmad.

 

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106217

moha qrcode