telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

LAWATAN MENTERI DALAM NEGERI KE KLIA2

Sepang, 11 Jun 2014 ÔÇô Menteri Dalam Negeri, DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan lawatan kerja ke Kuala Lumpur International Airports 2 (KLIA2) bagi meninjau keselamatan dan ketenteraman terminal yang menjadi kawasan sasaran penting keutamaan negara.

Lawatan yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan kementerian dan ketua pengarah bagi setiap jabatan dan agensi disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Dr. Tony Fernandez dan Pengurus Besar Kanan (Operasi) Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) DatoÔÇÖ Azmi Murad di pintu masuk pelepasan terminal tersebut.

Dalam lawatan ini juga, Ahmad Zahid diberi taklimat operasi oleh Pengurus Besar Kanan (Operasi) MAHB dan berkesempatan meninjau keseluruhan proses operasi imigresen di samping turut beramah mesra dengan pegawai dan anggota imigresen termasuk anggota polis bantuan yang bertugas di kawasan berkenaan.

Sementara itu, dalam sidang media yang diadakan, Ahmad Zahid berkata semua majikan diwajibkan mengambil pekerja asing mereka yang tiba di lapangan terbang seluruh negara dalam masa 24 jam, berbanding tempoh 72 jam yang diberikan sebelum ini.

Beliau menjelaskan sekiranya majikan gagal berbuat demikian, pekerja asing itu akan dihantar pulang, selain majikan berkenaan akan disenarai hitamkan oleh Jabatan Imigresen.

Tambah beliau, peraturan ini adalah hasil keputusan mesyuarat bagi membincangkan mengenai pengambilan pekerja asing di KLIA pada April lalu selain membendung kesesakan orang ramai di lapangan terbang terbabit.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106220

moha qrcode