Putrajaya, 6 Jun 2014 - Bahagian Audit Dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan program Seminar Pengurusan Kewangan Bersama Ketua Setiausaha KDN Datuk Mohamad Khalid Hj Shariff bertempat di Dewan Gemilang, Kompleks D, Putrajaya.
Program yang melibatkan kehadiran kira-kira 500 peserta terdiri daripada kementerian, jabatan dan agensi di bawah KDN ini bermula seawal pagi dan berakhir pada jam 5 petang.
Dalam ucapan pembukaan oleh KSU KDN, beliau menjelaskan beberapa perkara penting berhubung pengurusan kewangan dan pengauditan yang perlu diuruskan dan dikendalikan dengan baik, hemah dan berintegriti oleh pegawai-pegawai yang berkhidmat di kementerian, jabatan dan agensi. 
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pengurusan) DatoÔÇÖ Daud Tahir dan Timbalan Setiausaha Bahagian Audit Dalam, Tuan Azman Mahmood.