Putrajaya, 27 Jun 2014┬áÔÇô Kementerian Dalam Negeri mengadakan Majlis Pelancaran Wakaf Sejuta Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2014 bertempat di Dataran Sahn, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya baru-baru ini.
 
Program ini bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi penerbitan Al-Quran untuk diwakafkan kepada negara-negara minoriti Islam yang dihimpit kemiskinan atau pihak-pihak lain yang memerlukannya. 
 
Dalam ucapan perasmian sewaktu menyempurnakan program berkenaan, Menteri Dalam Negeri DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata selaku umat Islam, kita sewajarnya menzahirkan kesyukuran dan berbangga kerana masih lagi diberi nikmat ÔÇ£halawatul imanÔÇØ dengan kita suci Al-Quran yang telah dibuktikan kebenarannya melalui penyelidikan dan penemuan oleh ilmu sains serta siapa sahaja yang berusaha mencari kebenaran.
 
Tambah beliau, pihak KDN akan mencetak 26, 000 naskah Al-Quran dan Terjemahan Bahasa Malaysia untuk diedarkan secara percuma kepada warga penjara Muslimin dan Muslimat dengan motto ÔÇ£1 Al-Quran 1 Banduan MuslimÔÇØ.┬á┬á
 
Program ini merupakan kerjasama Yayasan Restu dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB).
 
Seramai 500 pengunjung terlibat menjayakannya dengan menyaksikan beberapa aktiviti yang diadakan termasuk pameran. 
 
Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha KDN DatoÔÇÖ Seri Mohamad Khalid Hj Shariff dan Pengerusi Yayasan Restu Datuk Latif Mirasa.┬á