telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

MAJLIS BERBUKA PUASA KDN BERSAMA WARGA KDN PERLIS

Kangar 14 Julai 2014 ÔÇô Menteri Dalam Negeri DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir dalam Majlis Iftar bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perlis di Kompleks KDN Kangar Perlis.

Dalam majlis ini, Tazkirah Ramadan telah disampaikan oleh seorang pendakwah islam yang juga Exco Pemuda UMNO Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkaitan Jihad.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri DatoÔÇÖ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada anak-anak yatim negeri Perlis.

Dalam ucapannya pada majlis tersebut, beliau berkata Kompleks KDN Negeri Perlis yang terdiri oleh sembilan jabatan diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada rakyat-rakyat negeri Perlis berurusan dengan jabatan-jabatan yg berkaitan.

Beliau turut menyampaikan pesanan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan KDN serta semua umat Islam agar di dalam bulan Ramadan ini kita bukan sahaja berpuasa tetapi turut menghayati isi ayat suci Al-Quran sebagai panduan dan diterjemahkan dengan amalan yg baik.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha KDN Datuk Sri Mohamad Khalid Sharif, pegawai- pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri serta ahli-ahli politik negeri Perlis.

Selain berbuka puasa dan beramah mesra dengan para hadirin, YB Menteri turut bersama-sama dengan hadirin berjemaah mendirikan solat sunat Tarawih.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099893

moha qrcode