telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

SEGMEN MESEJ DARI PENJARA

Petaling Jaya, 17 Julai 2014 - Segmen ÔÇÿMesej Dari PenjaraÔÇÖ yang diperkenalkan menerusi program bual bicara TV3, Wanita Hari Ini (WHI) merupakan kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia. Menerusi kerjasama ini, banduan telah dibawa ke studio WHI dan berkongsi kisah mereka secara langsung dengan penonton bagaimana mereka terbabit dengan jenayah dan luahan kekesalan atas perbuatan mereka.

Episod khas ini telah di hadiri oleh Menteri Dalam Negeri, YB DatoÔÇÖ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai tetamu khas. Program ini turut disertai seorang bekas pegawai agama Jabatan Penjara Malaysia, Ustaz Abdul Rasyid Ahmad yang pernah berkhidmat selama 31 tahun di Jabatan Penjara.

Dalam program ini, WHI telah menampilkan banduan akhir, seorang wanita yang dijatuhkan hukuman mati di bawah Akta Kanun Keseksaan, Seksyen 302 di atas kesalahan membunuh. Selain rakaman di blok atau sel akhir banduan ini dipenjarakan, banduan akhir ini juga meluahkan kekesalannya dalam bual bicara tersebut. Banduan akhir ini turut dipertemukan dengan insan-insan yang ingin ditemuinya.

Turut hadir ialah DatoÔÇÖ Sri Mohamad Khalid Haji Sharif, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, DatoÔÇÖ Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, KJP DatoÔÇÖ Sri Haji Zulkifli Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Tan Sri Johan Jaafar, Pengerusi Media Prima Berhad.┬á

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099890

moha qrcode