telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

PERHIMPUNAN BULANAN KDN 2014 (BULAN OGOS)

Putrajaya, 14 Ogos 2014 - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah hadir menyempurnakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos bersama warga Kementerian Dalam Negeri di Dewan Auditorium, Kompleks D Putrajaya.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyentuh mengenai kadar peratusan indeks jenayah dan berkata dalam tempoh Januari hingga Jun 2014, Indeks Jenayah keseluruhan telah menurun sebanyak 8%, sementara kes-kes pecah rumah menurun sebanyak 10.1%,  berbanding dengan sasaran penurunan KDN sebanyak 5%.

Selain itu, beliau juga menjelaskan usaha yang dilakukan oleh KDN dalam mempertingkatkan keupayaan pengurusan warga asing selaras dengan Fasa I Agenda Transformasi.

ÔÇ£Dalam tempoh 6 bulan tahun ini sahaja kita telah melaksanakan 2,935 operasi, memeriksa 45,018 PATI, menahan┬á 17,956 daripada mereka serta mengambil tindakan terhadap lebih 200 majikan yang melanggar peraturan dan Akta Imigresen,ÔÇØ katanya.

Sementara itu, beliau turut memperingatkan seluruh warga KDN tentang cabaran-cabaran ke jendela baharu fasa kedua dalam menangani kes-kes yang sangat kompleks seperti insiden dua pesawat malang MH370 dan MH17.

ÔÇ£Dalam menyokong, mendokong bagi menjayakan transfomasi nasional, KDN melalui inisiatif FASA II, sedang rancak melaksanakan transfomasi yang bermatlamatkan ÔÇ£quick winsÔÇØ yang berteraskan budaya keberhasilan (Outcome based) dengan bersandarkan sebagai permulaan kepada 63 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bahagian dan jabatan bagi menghasilkan transfomasi strategik KDN yang lebih cemerlang pada masa hadapan,ÔÇØ katanya.

Dalam majlis ini, Ahmad Zahid berkenan menyampaikan sijil ISO 27001 KDN kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, DatoÔÇÖ Aloyah Mamat dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat DatoÔÇÖ Mohmed Rosli Saad selain turut menyampaikan sijil Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, DatoÔÇÖ Sulaiman Keling.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha KDN DatoÔÇÖ Seri Mohamad Khalid Hj Shariff dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

 

 

 

 

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099901

moha qrcode