KUALA LUMPUR, 4 Sept - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri mendahului senarai 129 penerima Pingat Kedaulatan Negara sebagai menghargai jasa dan peranan mereka dalam Operasi Daulat bagi membanteras penceroboh bersenjata dari selatan Filipina yang menceroboh Sabah.
Datuk Seri Zahid Hamidi  antara tujuh menteri kabinet menerima anugerah pingat tersebut. Selain itu  Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak.
Manakala empat lagi Menteri ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.Pingat itu diwujudkan khas kepada anggota keselamatan serta pegawai awam yang telah menyumbang khidmat sokongan dalam Operasi Daulat di Sabah.