telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN SEPTEMBER 2014

Putrajaya, 11 September 2014 - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah hadir menyempurnakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan September bersama warga Kementerian Dalam Negeri di Dewan Auditorium, Kompleks D Putrajaya.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyentuh mengenai dapatan awal kajian yang dijalankan oleh PDRM, KDN dengan kerjasama UNITEN  terhadap 25,000 responden yang mendapati, responden merasa tidak selamat kerana faktor-faktor berikut ; YANG PERTAMA DAN YANG PALING TINGGI : kerana ramainya pendatang asing (30% ; 7,391 orang), diikuti KEDUA :  dengan sebab tiada lampu jalan(20% ; 4,927 orang), KETIGA : tiada rondaan polis (15% ; 3,695 orang),KEEMPAT :  kawasan sering berlaku jenayah (15% ; 3,695 orang), KELIMA : ancaman kongsi gelap (9% ; 2,217 orang), KEENAM : kumpulan penagih dadah (7% ; 1,724 orang) dan kerana sebab-sebab lain (4% ; 985 orang).

Selain itu, beliau juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi KDN, PDRM, JPN, ROS, RELA, AADK, JIM, Penjara, JPAM dan Bahagian Perancangan Strategik yang telah melaksanakan inisiatif strategik 1KDN apabila buat julung julung kalinya secara serentak dan padu telah mengkaji  semula pelan strategik masing-masing dan pelan transfomasi 2015-2020 sebagai menyahut dan mengambil tindakan menangani persoalan yang saya kemukakan sebentar tadi.

Beliau juga memberi penghormatan kepada mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.  Sememangnya menjadi kebiasaan tomahan-tomahan seperti ini amat digemari oleh pihak berkenaan.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha KDN DatoÔÇÖ Seri Mohamad Khalid Hj Shariff dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.┬á

 

 

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106216

moha qrcode