telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

KDN SEMARAKKAN SAMBUTAN 57 TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA

Dataran Merdeka, 31 Ogos 2014 -  Seperti manatahun-tahun sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekali lagi menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 Tahun 2014 melalui sumbangan ide dan tenaga menjayakan komponen utama sambutan yang berlangsung di Dataran Merdeka.   Keterlibatan KDN adalah  pada segmen  perbarisan dan perarakan berkonsepkan  Jejak Gemilang Merdeka  di mana KDN menyumbang tenaga lebih 1,000  orang bagi tiga daripada tujuh komponen  di bawah Komponen 3: Warisan Kepimpinan.

Seramai 21 orang pegawai kanan┬á lelaki dan wanita diketuai┬á TKSU (P) YBhg. DatoÔÇÖ Wan Ali Besar┬á melengkapkan Kontinjen Penjawat Awam Peneraju Pengisian Kemerdekaan seramai┬á 600 orang dari semua Kementerian dan Agensi Pusat membuat┬á satu barisan dan┬á┬á berarak sejauh 2.4 kilometer.┬á Manakala seramai┬á 900 lagi anggota beruniform┬á┬á dari pelbagai Jabatan di bawah KDN menjayakan kontinjen Ketenteraman Awam.┬á┬á Kontinjen Ketenteraman Awam dibarisi Jabatan┬á Penjara dan Pancaragam┬á Penjara, JPAM, RELA dan Pancaragam RELA serta JIM┬á telah menunjukkan┬á disiplin┬á dan kemahiran yang tinggi.

Di samping itu kepercayaan turut diberi kepada PDRM untuk menerajui Kontinjen Keselamatan Negara yang secara tidak langsungnya  telah mempamerkan kekuatan negara Malaysia yang berdaulat  menerusi  aset dan kelengkapan serta kepelbagaian  jenis pasukan keselamatan dalam PDRM.  Keseluruhannya keserataan setiap anggota kontinjen yang diwakili KDN  semasa perbarisan baik dalam gerak-geri kumpulan, kemahiran  berkawad mahu pun persembahan pancaragam ibarat  telah menambahkan lagi seri sambutan Hari kemerdekaan; di samping melaksanakan tugasan hakiki mengawal  keselamatan dan ketenteraman awam semasa acara   berlangsung. 

Kesimpulannya, kesunggguhan┬á┬á pegawai/anggota KDN bersama lain-lain penjawat awam mempamerkan konsep┬á Jejak Gemilang Merdeka┬á berpandukan tema sambutan: ÔÇÿMalaysia ÔǪ Di sini lahirnya sebuah cintaÔÇÖ telah┬á┬á memukau perhatian para pembesar dan juga orang awam.┬á Melalui tiga sesi raptai serta bekalan┬á semangat dan┬á kemegahan bangsa negara┬á telah melancarkan lagi segmen┬á perbarisan dan perarakan.┬á┬á┬á Kontinjen┬á┬á Penjawat Awam umpamanya telah berjaya mempamerkan kesepaduan dalam kepelbagaian baik dari aspek identiti Perkhidmatan Awam Malaysia melalui baju korporat Kementerian/Jabatan masing-masing┬á mahupun komposisi Perkhidmatan Awam yang berbilang kaum. ┬á

. 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099892

moha qrcode