telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

MAJLIS SAMBUTAN HARI UNIT PENCEGAHAN & PENYELUDUPAN (UPP) KE-38 DI KOMPLEKS UPP PADANG BESAR, PERLIS PADA 27 SEPTEMBER 2014

Padang Besar, 27 September 2014 ÔÇô Sambutan Hari Ulang Tahun UPP Kali ke-38 telah diadakan di Kompleks UPP Padang Besar, Perlis dan telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Dan Dymm Tuanku Tengku Fauziah Binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid.┬á UPP telah diwujudkan pada 26 Jun 1976 dan tahun ini menandakan genap 38 tahun UPP ditubuhkan serta beroperasi sebagai satu strike force bagi membanteras jenayah penyeludupan di negara kita ini khususnya di sempadan Malaysia-Thailand dan UPP telah memainkan peranan yang sangat penting bagi membendung jenayah penyeludupan daripada menganggu gugat keutuhan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat

Sepanjang tahun 2013, melalui 16,498 operasi yang telah dijalankan, nilai rampasan barangan hasil operasi UPP ialah RM17 juta manakala sehingga Ogos 2014, nilai rampasan yang terlibat telah mencecah angka RM16 juta. Ini menunjukkan bahawa jenayah penyeludupan masih terus berlaku kerana penyeludup tidak serik dan sanggup mengambil risiko demi mengaut keuntungan berlipat ganda.

Kementerian Dalam Negeri sentiasa menyokong dan komited bagi membantu jabatan dan anggota penguatkuasa dalam semua tindakan penguatkuasaan yang difikirkan tepat bagi membanteras aktiviti jenayah serta bercanggah dengan undang-undang negara.

Turut hadir YAB DatoÔÇÖ Seri Azlan bin Man Menteri Besar Perlis, YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar Timbalan Menteri Dalam Negeri (TMDN) dan YBhg. DatoÔÇÖ Sri Mohamad Khalid bin Hj. Shariff Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri .

 

 

 

 

 

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099901

moha qrcode