KUCHING, 11 Oktober 2014 - Menteri Dalam Negeri YB DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah melancarkan buku ÔÇÿA PolicemanÔÇÖ hasil karya Dato Sri Wan Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Selain mengisahkan kehidupan Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai pegawai polis. Buku ini juga mengandungi maklumat berguna berkaitan sejarah ketika era ancaman pengganas komunis di Sarawak.
Pada Majlis penutupan Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (SEKAM) 2014, Menteri Dalam Negeri yakin buku itu akan memberikan manfaat kepada pegawai polis, pegawai-pegawai kerajaan, para pelajar dan masyarakat umumnya dan beliau berharap usaha seperti ini akan dicontohi oleh warga KDN dan dijadikan penyuntik semangat untuk menulis buka berkaitan keselamatn  dan ketenteraman awam.
Dalam ucapannya, YB DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Dalam Negeri sedang menggubal Dasar Keselamatan Dalam Negeri (DKDN) bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.
Mengulas mengenai seminar tersebut, YB DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata ia merupakan program perkongsian ilmu yang diadakan setiap tahun dengan tema-tema khusus tetapi tidak lari dari aspek keselamatan dan ketenteraman awam.
Untuk seminar kali ini, katanya, tema yang dipilih ialah ÔÇÿCabaran Pelaksanaan Akta Pencegahan Jenayah 2014ÔÇÖ atau POCA yang bertujuan mendapatkan input daripada pegawai-pegawai yang melaksanakannya,
Input seperti ini, katanya, amat penting bagi membantu kerajaan khususnya KDN membuat penilaian keberkesanan pelaksanaan POCA.
Pada majlis itu, turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar serta yang lain.