telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

INISIATIF PERANGI JENAYAH RENTAS SEMPADAN

Langkawi, 19 Disember 2014:┬á KerajaanMalaysiamenerusi Kementerian Dalam Negeri telah mencapai satu┬á persetujuan persefahaman dengan kerajaan Australia┬á khususnya dalam inisiatif memerangi jenayah rentas sempadan.┬á Perbincangan dua hala antara Menteri Dalam Negeri (MDN), YB DatoÔÇÖ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Imigresen dan Kawalan Sempadan Australia, TYT┬á Scott Morrison┬á membawa kepada pemeterian satu Memorandum Persefahaman (MOU) melibatkan kerjasama oleh┬á pelbagai agensi penguatkuasaan kedua-dua buah negara di bidang┬á Jenayah Rentas Sempadan meliputi aspek polisi dan perundangan.

YB MDN  semasa Sidang Media  menyatakan MOU  adalah ke arah  pembinaan hubungan kerjasama yang akrab dan kukuh terutama pada perkara-perkara yang berkaitan imigresen dan pemerdagangan orang serta penyeludupan migran.   Kerjasama adalah meliputi aspek maritim, kastam dan keselamatan dalam negeri demi memerangi pelbagai pendekatan jenayah rentas sempadan yang merangkumi jenayah keganasan, pemerdagangan manusia dan jenayah terancang. Inisiatif  usahasama tersebut  dicapai hasil perbincangan dua hala yang berlangsung selama hampir dua jam. 

Sehubungan itu demi kemajuan ekonomi dan kestabilan sosial di rantau ini,┬á beberapa langkah baru dalam pengukuhan keupayaan serantau turut dikenalpasti.┬á Antara langkah baru yang dipersetujui untuk bekerjasama ialah┬á menerusi pelaksanaan Advance Passenger Screening System (APSS) dan Regional Movement Alert System (RMAS).┬á Tarikh sasaran awal┬á pelaksanaan┬á ialah pada bulan Jun ÔÇô Julai 2015 bagi tujuan menangani aktiviti pemalsuan dokumen perjalanan di samping menangani kegiatan-kegiatan jenayah rentas sempadan. ┬á┬á

Kesimpulannya,  aspek  keselamatan antarabangsa masa kini merupakan isu yang kompleks  dan  memerlukan tindakan bersepadu melalui hubungan dua hala yang akrab dan kukuh.  Kesudian  kerajaan Australia untuk menjadi rakan strategik dan persetujuan untuk berkongsi sumber dan bertukar-tukar  maklumat menunjukkan komitmen bersama yang tinggi  dan erat.  Matlamat akhir  inisiatif pemantapan  kerjasama dua hala khususnya dalam menangani isu jenayah  rentas sempadan yang mencakupi pemerdagangan orang dan penyeludupan migran    adalah   demi kemajuan dan kemakmuran ekonomi serta  kestabilan sosial di rantau ini.

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121207

moha qrcode