telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

SELAMAT BERKHIDMAT YB MASIR ANAK KUJAT

Putrajaya, 5 Ogos 2015: tanggal 28 Julai 2015 merupakan hari paling penuh bermakna buat saya ketika sedang berbudi dengan tanah di kawasan Parlimen Sri Aman, Sarawak terdetik di hati untuk mengikuti perkembangan mutakhir negara sebaik menonton siaran langsung pengumuman Rombakan Kabinet 2015 di kaca televisyen, saya agak tergamam dan seperti tidak percaya kepada pendengaran sendiri pabila nama saya disebut oleh YAB PM Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai ahli baru barisan Kabinet namun sejurus selepas itu deruan kemasukkan panggilan telefon ucapan tahniah menyakinkan saya bahawa apa yang didengar adalah realiti dan saya diberi portfolio di bawah Menteri Dalam Negeri jelas YB Masir Anak Kujat Timbalan Menteri Dalam Negeri (TMDN) yang baru.

YB TMDN dalam temubual bersama Editor Buletin KDN memaklumkan bahawa sebagai ÿanak kampong, aspek kesejahteraan rakyat di samping isu keselamatan sempadan memang perkara paling dekat dihatinya dan meningkat menjadi keutamaan sebaik secara aktif menceburi bidang politik pada tahun 2008. Justeru, untuk fasa awal perkhidmatan sebagai TMDN, YB Masir menetapkan sasaran untuk mendalami dan menyelesaikan dua isu tempatan yang ditafsirkan sebagai sesuatu yang mustahak tetapi rumit kerana sering berlaku di kalangan komuniti kawasan pedalaman di Sarawak seperti Sri Aman dan Kanowit.

Isu pertama ialah mengenai ehwal pengeluaran Sijil Kelahiran kepada warganegara. Sasaran ini adalah untuk mengatasi kesukaran yang sering dihadapi para ibu-bapa dalam urusan pendaftaran persekolahan anak-anak, dan lazimnya dikaitkan dengan perkahwinan secara adat dan juga masalah pendaftaran lewat. Isu kedua adalah mengenai kawalan keselamatan di sempadan terutamanya di Borneo yang disifatkan sebagai mudah bolos kerana wujud lorong tikus dan jalan gajah. Sehubungan itu YB TMDN berazam untuk mendalami kedudukan dan prosedur semasa yang berkaitan dan di mana perlu mencadangkan kajian semula, di samping mempergiatkan program/aktiviti penerangan bersama rakyat.

YB Masir Anak Kujat merupakan anak Kampung Lachau, iaitu komuniti Iban, dan menjadi kebanggaan sebagai anak kampong itu yang pertama menjejak kaki ke menara gading dan lulus dengan Ijazah Kepujian Sains Bio-Kimia dari Universiti Malaya (1983) dan seterusnya Ijazah Sarjana Pembangunan Sumber Manusia (HRD) Universiti Malaysia Sarawak (1998). Sebaik tamat pengajian, YB berkhidmat sebagai Guru Sandaran Kementerian Pelajaran Malaysia selama empat tahun sebelum menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak sebagai Pegawai Tadbir Negeri (PTN) pada tahun 1987. Sepanjang tempoh perkhidmatan PTN , YB pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah (DO) Lubok Antu dari tahun 2004 - 2007.

Sebagai DO yang jabatannya menyediakan perkhidmatan secara langsung kepada komuniti tempatan, isu-isu kesejahteraan rakyat yang perlu ditangani telah membolehkan YB secara dekat berdamping dengan rakyat dan merasai permasalahan yang sering dihadapi mereka. Pada tahun 2008 dengan semangat untuk membela kesejahteraan rakyat, YB Masir meletakkan jawatan sebagai pegawai awam untuk bergiat dalam politik dan bertanding dalam PRU ke-12, dan seterusnya semasa PRU ke-13 berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Sri Aman.

YB Masir Anak Kujat, hasil perkongsian hidup dengan Puan Dorra Anak Jemat dikurniakan tiga orang cahayamata, seorang daripadanya telah berkahwin dan dua lagi kini di peringkat akhir pengajian tinggi. Mengenai teka-teki usianya, YB Masir secara berseloroh menyatakan saya dilahirkan pada tahun 1954, 61 tahun, masih muda, segak, sihat, desas desus mengatakan umur saya 65 tahun dan MP Sri Aman selama lima penggal tu tidak tepat katanya mengakhiri perbualan yang serba ringkas.

Kesimpulannya kesungguhan YB Masir Anak Kujat untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab baru dalam mengurus negara di samping menunaikan janji kepada rakyat jelas terserlah. YB semasa kunjungan tanpa temujanji didapati tekun meneliti minit Mesyuarat Pasca-Jemaah Menteri KDN (Post-Cab) sebagai persiapan menghadapi Mesyuarat Post-Cab pertamanya yang dijadual pada sebelah petang hari ini, 5hb Ogos 2015. Ucapan setinggi tahniah di atas perlantikan sebagai TMDN, Selamat Berkhidmat dan Selamat Datang ke KDN daripada seluruh wargakerja KDN dan Jabatan serta Agensi di bawahnya.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 08 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1095521

moha qrcode