telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

KDN DI GARISAN HADAPAN

Putrajaya, 11 Ogos 2015: Selari dengan objektif majlis perhimpunan bulanan KDN antara lainnya ke arah menerap dan memantapkan lagi nilai-nilai murni dalam urusan pentadbiran dan kerja seharian, YAB Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos 2015 sekali lagi mengulangi ungkapan motivasi yang sering beliau lontarkan kepada wargakerja:

untuk menempa sesuatu kejayaan sememangnya adalah perkara yang sukar, tetapi untuk mengekalkan suatu kejayaan yang telah dicapai ianya merupakan sesuatu usaha yang lebih sukar ... oleh itu berkhidmatlah dengan penuh setia kerana habuan dalam bentuk tanggungjawaban pasti akan datang jika seseorang itu ikhlas melaksanakan kerja dan menunaikan amanah
Sehubungan itu wargakerja disaran supaya tidak mudah leka dengan sesuatu pencapaian tetapi perlu terus-menerus berusaha meningkatkan prestasi dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab organisasi kepada rakyat dan negara. Saranan tersebut jelas YAB TPM adalah atas keperluan supaya KDN sentiasa berada di garis hadapan berbanding dengan lain-lain agensi kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah satu teras penting kesejahteraan hidup rakyat. Oleh itu wargakerja digalak supaya mengamalkan cara bekerja melangkaui kebiasaan dan tidak terkongkong dengan diskripsi tugas semata-mata.

Selain itu wargakerja diingatkan supaya tidak dengan mudah mencari kesalahan pihak/agensi lain tetapi sebaliknya berusaha memperkasakan lagi organisasi KDN memandangkan tumpuan utama adalah pada semua aspek keselamatan di mana:

kerajaan dan rakyat meletakkan harapan pada KDN dalam meneraju aspek keselamatan, bermula dari detik kelahiran sehinggalah ke saat kematian seseorang warganegara ... momentum kebersamaan wargakerja di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi semasa menganjurkan Majlis Rumah Terbuka KDN di PWTC pada 4 Ogos baru lalu, serta kesepakatan tatkala menguruskan kehadiran tetamu seramai 25 ribu orang sewajarnyalah dikekalkan untuk KDN terus menempa kecemerlangan dan kejayaan ...

Kesimpulannya walaupun tempoh masa ucapan YAB TPM tidaklah panjang tetapi mesej yang disampaikan amatlah jelas iaitu akan keperluan setiap peringkat wargakerja untuk sentiasa berprestasi cemerlang di samping berusaha memperkukuhkan lagi semangat kerja berpasukan. Kerjasama sesama agensi ala strategi lautan biru kebangsaan seperti mana kolaborasi AADK dan PDRM dalam menangani isu penyalahgunaan dadah dengan penekanan berselari pada aspek pemulihan dan penguatkuasaan sewajarnya diteruskan memandangkan keselamatan merupakan satu daripada teras utama perkhidmatan KDN.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121183

moha qrcode