telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

KSU TURUN PADANG

Bukit Kayu Hitam, Kedah; 17 Sept 2015: Kemajuan kerja fizikal cadangan pembangunan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Secara Bersepadu sehingga 15 Sept 2015 adalah pada kadar 26.79% dan statusnya diterjemahkan sebagai terlewat 96 hari dari jadual asal. Sehubungan itu Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) YBhg. Dato' Sri Alwi Bin Hj Ibrahim semasa Program Turun Padang (PTP) di Pejabat Tapak Projek ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah mengingatkan pihak kontraktor projek supaya segera mengambil tindakan pemulihan bagi mengatasi permasalahan yang berbangkit .

Ingatan tersebut adalah bagi membolehkan pelaksanaan projek berjalan lancar selari dengan saranan Ketua Setiausaha Negara (KSN) YBhg. Tan Sri Dr Ali Hamsa supaya semua projek kerajaan diuruskan dengan cekap agar dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Saranan KSN amat relevan memandangkan pembangunan ICQS merupakan projek berimpak tinggi dengan amaun kontrak sebanyak RM385 juta bagi tujuan mengatasi pelbagai kekangan sedia ada, baik dalam aspek penyampaian perkhidmatan Jabatan/Agensi, penjanaan ekonomi kepada negara, dan juga aktiviti ekonomi dan perniagaan di kalangan kumpulan sasar.

Selari dengan imej kompleks CIQ sedia ada di Bukit Kayu Hitam, Kedah yang berfungsi sebagai pintu masuk utama ke Malaysia maka konsep pembangunan ICQS secara bersepadu ini direkabentuk sebagai kompleks yang moden, selamat dan efisien. Ianya diunjurkan sebagai bakal menyelesaikan pelbagai masalah khususnya kesesakan trafik (keluar dari Malaysia atau masuk dari Thailand) melalui penyediaan kemudahan dan keperluan jangka panjang. Antaranya ialah pembinaan sebanyak 29 Petak Pemeriksaan Kastam/Agensi bagi melancarkan urusan kemasukkan kenderaan berat dari Thailand ke Malaysia berbanding 20 petak di CIQ sedia ada.

Bagi maksud untuk tidak mengganggu operasi CIQ sedia ada, pembangunan Kompleks ICQS Bersepadu dilaksanakan secara dua fasa. Semasa dalam tempoh pembinaan Fasa 1, Kompleks CIQ sedia ada terus beroperasi seperti biasa dan apabila siap Fasa 1 kelak, maka operasi CIQ akan dipindahkan ke bangunan sementara yang terdapat dalam Fasa 1 yang disasarkan siap bulan Februari 2016. Pembangunan Kompleks ICQS Secara Bersepadu di atas keluasan tapak seluas 73.815 ekar bakal menempatkan sebanyak 19 agensi secara bersepadu. KDN kata YBhg. Dato Sri KSU amat komited untuk memastikan projek dapat disiapkan sepenuhnya dalam tempoh selama 36 bulan seperti mana perancangan asal memandangkan projek ini juga bakal memantapkan lagi aspek kawalan sempadan negara.

Hasrat KSU, YBhg. Dato' Sri Alwi Bin Hj Ibrahim untuk meninjau kemajuan kerja fizikal secara dekat di tapak projek pembangunan ICQS Secara Bersepadu Bukit Kayu Hitam, Kedah walau bagaimanapun tergendala dek hujan yang tetiba turun dengan lebatnya. Siri PTP ini turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar Keselamatan) YBhg. Dato' Sri Adenan Abdul Rahman manakala taklimat kemajuan pembangunan projek disampaikan oleh YBhg. Dato' Abdul Razeek Husin, Ketua Pegawai Operasi DRB - HICOM. Kesimpulannya PTP KSU berperanan penting dalam melancarkan pelaksanaan projek kerana pemantauan secara mikro telah mendekatkan KDN dengan isu dan masalah yang dihadapi di tapak bagi maksud penyelarasan penyelesaian.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 08 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1095254

moha qrcode