telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

PENDAFTARAN SIVIL RAKYAT DI HATI

Putrajaya, 1 Oktober 2015: Demi memastikan setiap warganegara dapat memiliki dokumen pengenalan diri, kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri pada setiap tahun memperuntukkan lebih RM300 juta untuk membiayai urusan pendaftaran dan pengeluaran dokumen pengenalan diri kepada rakyat. Kerajaan juga menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut menawarkan perkhidmatan pendaftaran peristiwa penting seseorang individu pada setiap hari iaitu 365 hari setahun dari pagi hingga malam baik menerusi perkhidmatan kaunter atau pun melalui program turun padang (outreach) dan dipermudahkan secara atas talian.

Peruntukan tersebut menurut YAB TPM Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa merasmikan sambutan Hari Pendaftaran Negara adalah kerana Kerajaan Malaysia mengakui peri pentingnya dokumen pengenalan diri yang asasnya adalah bagi tujuan mengesahkan identiti seseorang. Tawaran perkhidmatan pendaftaran secara berterusan di 228 pejabat cawangan JPN di seluruh negara, 10 UTC dan 7 RTC adalah bagi memastikan setiap individu yang layak diberi hak untuk didaftarkan dan seterusnya diberi dokumen pengenalan yang relevan agar urusan harian mereka samada rasmi atau pun persendirian dapat dijalankan dengan mudah dan selamat.

Pada setiap hari, lebih kurang 19,000 permohonan berkaitan dengan perkahwinan, kelahiran, kematian, pengangkatan, kad pengenalan diterima di semua cawangan dan menerusi program outreach didapati permohonan boleh meningkat ke 23,000 setiap hari semasa musim perayaan atau cuti sekolah JPN pada tahun 2014 memproses sejumlah 5.69 juta permohonan dan jumlah tersebut menunjukkan trend peningkatan hampir 11.2% berbanding tahun 2013.

Mengenai suara-suara sumbang berhubung kenaan bayaran dan kadarnya, YAB TPM menegaskan keikhlasan kerajaan dalam mengurangkan kos pembiayaan rakyat bagi urusan pendaftaran dan pengeluaran dokumen pengenalan diri. Ianya dizahirkan melalui pelbagai inisiatif pemantapan perkhidmatan di mana rakyat hanya perlu sekali sahaja berurusan di cawangan JPN. YAB TPM turut mendedahkan bahawa nilai RM pada setiap dokumen diri yang dimiliki warganegara Malaysia sebenarnya adalah lebih tinggi dari bayaran yang dikenakan JPN telah pun disubsidikan oleh kerajaan:

Kos bahan mentah untuk MyKid adalah RM9.05 sekeping, namun dikeluarkan secara percuma manakala kos bahan mentah untuk MyKad adalah RM22.80 sekeping dan bayaran yang dikenakan adalah sekadar RM10.00 oleh itu kita harus menghargai dan menjaga dokumen pengenalan diri dengan sebaiknya

Kesimpulannya, pendaftaran sivil merupakan satu peranan yang penting dalam proses pemeliharaan keselamatan dan kesejahteraan negara melalui data kependudukan yang komprehensif dan sahih. Pelaburan melalui peruntukan tahunan yang besar dan tawaran perkhidmatan yang berinovatif merupakan antara bukti kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat. Tanggungjawab dalam menentukan setiap rakyat memperolehi dokumen pengenalan diri dan seterusnya membolehkan setiap warganegara mendapat akses kepada kemudahan asas seperti perkhidmatan pelajaran dan kesihatan ternyata tidak diabaikan.

Hari Pendaftaran Negara Tahun 2015 merupakan sambutan kali ketiga selepas 1 Oktober diisytiharkan sebagai Hari Pendaftaran Negara oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada tahun 2013 iaitu tahun pertama dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri. Sambutan yang disekalikan dengan Hari Inovasi JPN Tahun 2015 berlangsung di Ibu Pejabat JPN di Putrajaya turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri II YB Tuan Masir Kujat. Kemuncak acara perasmian ialah penyampaian Dokumen Pengenalan Diri di mana paling mencuri tumpuan ialah penampilan seorang warganegara bernama Ahmad Zahid bin Hamidi dari Kuching, Sarawak untuk menerima MyKad dari YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 08 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1095502

moha qrcode