telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

DASAR TEGAS PERANGI KEGANASAN

Kuala Lumpur, 25 Januari 2016:  Pendirian tegas negara berhubung aktiviti keganasan dan dasar tidak melindungi individu/kumpulan pengganas radikal   dinyatakan tanpa rasa apologetik   oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak.  YAB PM menerusi ucapan perasmian Persidangan Antarabangsa Mengenai Deradikalisasi dan Memerangi Ancaman Keganasan (IDC 2016) menjelaskan    pendirian dan dasar tersebut telah  dilengkapi dengan undang-undang yang relevan. Selain itu amalan prinsip yang tidak menunggu sehingga  kekacauan berlaku untuk mengambil  langkah-langkah  yang perlu  merupakan  antara komitmen   negara ini dalam memerangi keganasan termasuklah  ideologi yang bercanggah dengan ajaran Islam. 
 
Jelas YAB PM, pendirian dan tindakan tegas terhadap   individu/kumpulan yang disyakki terlibat dengan aktiviti keganasan radikal  adalah  berselari dengan dasar  Kerajaan Malaysia yang mengutamakan keselamatan dan ketenteraman awam.  Demi pengekalan keselamatan dan keamanan negara,    YAB PM  membuat pengakuan bahawa  sebagai pemimpin utama negara ini beliau  tidak pernah merasa kesal dengan sebarang tindakan yang telah/akan  diambil dalam menangani ancaman terhadap keselamatan.  Sehubungan itu  YAB PM  mahu pun   Kerajaan Malaysia tidak sekali-kali akan meminta maaf, di samping komited untuk tidak membenarkan apa jua bentuk ruang keganasan menyusup masuk ke dalam negara ini. 
 
Selain itu,  cara terbaik untuk Malaysia atau mana-mana negara lain menjamin kebebasan awam adalah dengan cara mengekang aktiviti keganasan secara lebih awal dan bukan menunggu sehingga atau setelah meletus sesuatu insiden.   Justeru tindakan  tegas melalui undang-undang relevan seperti Akta Kesalahan Keselamatan  (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012, Akta Pencegahan  Keganasan (POTA) 2015 dan Akta Langkah-langkah Menangani Keganasan Luar Negara (SMATA)  2015 bakal    digunapakai   terhadap individu/kumpulan pengganas radikal tempatan mahupun antarabangsa dalam memastikan negara ini  bebas dari sebarang bentuk ancaman yang boleh menggusarkan kehidupan rakyatnya.   
 
Kesimpulannya,   Malaysia  dalam  menangani ancaman keselamatan tidak memberi sebarang ruang untuk pendokong  ekstremis seperti kumpulan militan Negara Islam (IS/Daesh)  menyusup masuk ke negara ini. Penderitaan yang dialami oleh berjuta-juta rakyat Syria dan Iraq umpamanya telah  mendorong  para pemimpin negara untuk mengekang tindakan keganasan secara proaktif dan afirmatif.  Ke arah  memastikan keselamatan  negara  terjamin atau tidak mengalami kejutan seperti mana peristiwa pengeboman di Paris, Istanbul, Ankara, Beirut dan Jakarta  maka YAB PM  memaklumkan  secara terbuka akan pendirian dan dasar   kerajaan;  dan pada masa yang sama pihak-pihak berwajib mengambil tanggungjawab memberikan penjelasan tentang ajaran Islam sebenar yang sebenarnya menolak sebarang bentuk keganasan.  
 
Persidangan antarabangsa yang julung kalinya dianjurkan  berlangsung selama dua hari pada  25 – 26 Januari 2016 hasil cernaan ide oleh YAB PM sendiri dan direalisasikan oleh KDN.  Penyertaan dan kehadiran semua Menteri-Menteri ASEAN  yang bertanggungjawab dalam aspek keselamatan negara masing-masing serta sembilan (9) rakan strategik seperti USA, Peranchis, Australia, Britain, UAE, Jepun, China, dan Itali adalah atas jemputan YAB TPM merangkap Menteri Dalam Negeri.  Di samping memberi kesedaran betapa  seriusnya ancaman keganasan terhadap keselamatan awam, persidangan ini  berjaya meningkatkan kerjasama antara Agensi Keselematan di seluruh dunia baik untuk memerangi ideologi/aktiviti keganasan mahupun dalam merangka program pemulihan dan deradikalisasi.  
 
Petikan Kata-kata Bestari Mengenai Dasar Anti Keganasan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak Menerusi Ucapan Perasmian IDC 2016:
 
‘… the sufferings of our brothers and sisters in Syria and Iraq, where Daesh has displaced millions, enslaved thousands, and forced local populations to live under their evil, perverted tyranny, grieved us all to the core.  Since then, we have been horrified by the attacks on Paris, Istanbul, Ankara, Beirut and Jakarta, and the bombing of the Russian passenger jet over Sinai …’
 
‘ … hundreds have died, and many have been terribly injured.  And for what?  Not for Islam,  as there can be nothing Islamic about terrorism.  These groups blaspheme against a religion of peace, tolerance and understanding authentic and true Islam.  They appeal the vast majority of Muslims who say loud and clear: you do not act in our name …’
 
‘ … this threat is therefore very real, and my government takes it very seriously.  This is why we passed the Security Offences (Special Measures) Act or SOSMA, the Special Measures against Terrorism in Foreign Countries Act, the Prevention of Terrorism Act, and the National Security Council Act … ‘
 
‘… when other countries have come under attack, some have expressed their dismay that they do not have the appropriate and effective legislation which allows them to deal with the problem promptly and effectively.  In some, it is not an offence to support Daesh, nor travel abroad for terrorist military training … ‘
 
‘ … I will not allow Malaysia to be so open to infiltration.  The law is there to protect us all, but the intention  of those who want to bomb, maim and behead can never be placed above the peaceful majority who firmly reject violence and war … ‘
 
‘ … it is right to talk about striking a balance between civil liberties and national security.  But, let me tell you this.  There are no civil liberties under Daesh, and they are no shield against those who are set on committing acts of terrorism.  The best way to uphold civil liberties is to ensure the safety of the nation … ‘
 
‘ … I make no apology for taking every step to preserve that safety, and for making the safety of all Malaysians my first priority.  As the leader of this nation we will not wait for an outrage   to take place before putting all measures necessary in place …’
 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121185

moha qrcode