telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

PRESTASI CEMERLANG KDN TERBILANG

Putrajaya, 10 Mac 2016:  Seramai 349 orang wargakerja KDN serta Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian yang secara konsisten  sepanjang tahun lalu   menunjukkan prestasi cemerlang telah diraikan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015.  Daripada jumlah tersebut seramai tiga (3) orang telah diiktiraf  sebagai telah mempamerkan kecemerlangan luar biasa  dan dihargai dengan   Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) KDN:  
 
‘ … Penerima PPC KDN ini merupakan pegawai-pegawai yang bukan sahaja telah memberi  sumbangan yang padu dalam melaksanakan  tugasan di tempat kerja,  malahan telah memberi  impak yang besar dalam pembentukan masyarakat yang sakinah melalui aktiviti-aktiviti di luar bidang kerja mereka …’
 
YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana  Menteri 
Merangkap Menteri Dalam Negeri 
 
Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan satu platform khusus bagi  pihak kerajaan menzahirkan tanda penghargaan dan memberi  pengiktirafan kepada pegawai awam.  Sehubungan itu YAB TPM merangkap MDN sendiri telah menyampaikan Sijil APC dan cenderamata kepada para penerima; di mana terdahulu pada 20 Februari 2016 YAB TPM telah  meluangkan masa meraikan seramai 270 orang penerima APC 2015 KDN peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Kuching. 
 
Selari dengan fungsi majlis APC sebagai pemangkin dalam melestarikan komitmen penjawat awam,  YAB TPM  menggesa  wargakerja KDN membudayakan kerja kelas pertama, membuat perubahan dan berkhidmat di luar had kebiasaan, serta menggarap agenda transformasi perkhidmatan awam dengan mengaplikasi  NBOS (Strategi Lautan Biru kebangsaan).  Gesaan tersebut disimpulkan    dalam ucapan YAB TPM dengan beliau  mengulangi seruan motivasi  yang sering kali dilontarkan kepada wargakerja KDN: 
 
‘ …  untuk kita mencapai sesuatu kejayaan atau  berada di tahap kecemerlangan adalah usaha yang sukar, namun untuk mempertahankan kejayaan dan mempertingkatkan kecemeralangan adalah misi yang lebih sukar ...  oleh itu setiap wargakerja KDN diharap dapat dan perlu berusaha meningkatkan prestasi, mengoptimumkan potensi  diri,  dan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik pada setiap masa dan dalam apa keadaan pun …’   
 
Kesimpulannya,  majlis tahunan APC perkhidmatan awam bukan sekadar  untuk meraikan para penerima malahan terselit  objektif memberi ingatan akan tanggungjawab  mereka  supaya mengekal dan meningkatkan tahap  prestasi secara berterusan.  Manakala hadirin bukan penerima APC 2015   diharap  terangsang minda dan tindakan untuk   terus meningkatkan prestasi dan komitmen di samping menghayati  ekspektasi  tinggi di pihak pengurusan   dalam menyampaikan perkhidmatan organisasi kepada kumpulan sasar.
 
Majlis dihadiri bersama YB Timbalan-Timbalan  Menteri Dalam Negeri,  YBhg. Dato’ Sri Ketua Setiausaha dan  Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian serta  Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah KDN.  Majlis telah diserikan dengan persembahan tradisi oleh Sarawak JIM Dancers yang mana merupakan satu bentuk pengiktirafan terhadap  persembahan kelas atas semasa Majlis APC yang berlangsung di Kuching pada bulan Februari bulan lalu.
 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 26 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1093140

moha qrcode