telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Ketakutan tentang jenayah menurun kepada 61 peratus tahun ini - TPM

KUALA LUMPUR: Ketakutan tentang jenayah dalam kalangan rakyat Malaysia menurun daripada 80 peratus pada 2015 kepada 61 peratus tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Memetik hasil satu kaji selidik Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), beliau berkata 51 peratus daripada responden berpuas hati dengan keseluruhan perkhidmatan polis di kawasan mereka.

"Kira-kira 59 peratus berpuas hati dengan tahap perkhidmatan di balai polis, manakala kira-kira 62 peratus mangsa jenayah tidak pernah membuat laporan polis. Kira-kira 63 peratus lagi berkata mereka menjadi mangsa salah laku polis," kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri.

Dalam kenyataan, beliau berkata 65 peratus daripada responden bimbang tentang jenayah di kawasan mereka, manakala kira-kira 67 peratus berasa bimbang untuk berjalan di luar rumah pada waktu malam. Menurut beliau, perasaan takut menurun daripada 0.80 pada 2015 kepada 0.72 tahun ini. (Rasa takut diukur menggunakan skala 1.00 hingga 0.)

Kaji selidik berkenaan, yang bertajuk Bidang Keberhasilan Utama Negara Mengurangkan Jenayah: Persepsi Petunjuk Jenayah, dijalankan di bawah Program Transformasi Negara dan melibatkan 14,393 responden e-kaji selidik. - BERNAMA

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 26 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1089062

moha qrcode