telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Kerajaan Beri Kelonggaran Pengambilan Pekerja Asing Sektor Perlombongan Dan Sub-Sektor Kritikal

 Kerajaan hari ini bersetuju untuk meluaskan kelonggaran pengambilan pekerja asing bagi sektor perlombongan serta beberapa sub-sektor di bawah sektor pertanian, perkhidmatan dan pelancongan.

Ia diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena mesyuarat itu berkata keputusan itu dibuat susulan pembekuan pengambilan pekerja asing pada diumumkan yang 19 Feb tahun lepas.

Katanya jemaah menteri sebelum ini bersetuju agar kelonggaran pengambilan diberikan kepada sektor kritikal iaitu sektor perkilangan, pembinaan, perladangan dan sub-sektor pertanian seperti penanaman sayur, buah-buahan dan bunga.

"Kelonggaran ini diberikan setelah menimbang keperluan pihak industri dan agar ia tidak merencatkan pertumbuhan ekonomi terutama bidang yang berasaskan eksport," katanya.

Ahmad Zahid berkata kelonggaran terbaharu itu meliputi pengambilan pekerja asing bagi sub-sektor pertanian perternakan unggas iaitu ayam daging, telur dan lain-lain di bawah pengambilan pekerja asing sektor kritikal.

Kebenaran juga diberikan kepada pengambilan pekerja asing bagi sektor perlombongan dan pengkuarian, katanya.

"Kelulusan bagi sektor ini hanya akan diberikan secara interim bagi tempoh sehingga 2020 sahaja dan hanya akan diberikan kepada pengusaha yang telah diluluskan untuk mengusahakan lombong atau kuari," katanya.

Beliau menjelaskan ia adalah bagi memenuhi keperluan mendesak buat masa kini kerana sub-sektor itu tidak dapat menarik minat warga tempatan kerana aktiviti perlombongan dan pengkuarian dijalankan di luar bandar selain pekerjaan yang dianggap sukar, kotor dan berbahaya.

Mesyuarat Jawatankuasa itu juga bersetuju untuk menggajikan pekerja asing terhad kepada pengendali kargo yang beroperasi di pelabuhan-pelabuhan sahaja.

Ahmad Zahid berkata kebenaran menggajikan pekerja asing secara interim dari 2012 hingga 2016 dilanjutkan sehingga akhir tahun 2020 juga diberikan kepada pekerja asing bagi perkhidmatan sub-sektor spa dan urut kaki, sub sektor hotel/hospitaliti (back of house), pulau peranginan dan kedi golf (lelaki sahaja).

Sehingga 31 Dis 2016, bilangan pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara Aktif adalah 1.86 juta orang pekerja, menurun 12.6 peratus berbanding 2.14 juta pekerja bagi tempoh sama pada 2015.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 26 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1088905

moha qrcode