telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Memperkukuh Kerjasama Keselamatan Malaysia-China


BEIJING, 28 Sept (Bernama) -- Mesin pengimbas tercanggih dari China yang mampu mengesan dengan pantas kegiatan penyeludupan barang terlarang di dalam kontena dan kenderaan akan ditempatkan di pintu-pintu masuk pemeriksaan Malaysia tidak lama lagi.

 

Mesin pengimbas berteknolohgi tinggi itu dibangunkan oleh Kementerian Keselamatan Awam China dan digunakan di lapangan terbang serta pelabuhan negara itu.

 

"China telah bersetuju secara dasarnya akan perkara itu, " kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari di China.

 

Beliau berkata pemerolehan mesin pengimbas itu adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Dalam Negeri untuk menaik taraf keupayaan mesin pengimbas negara dalam usaha memerangi jenayah rentas sempadan antarabangsa dengan lebih berkesan.

 

Selain mesin pengimbas itu, China juga bersetuju untuk menyediakan beberapa peralatan di Pusat Serantau Digital Bagi Memintas Mesej Melalui Komunikasi, sebuah pusat yang fokus utamanya mengesan mesej-mesej keganasan dalam talian.

 

Kerjasama keselamatan dalam memerangi keganasan dan jenayah rentas sempadan sememangnya diberi perhatian berat oleh Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, yang tidak hanya terhad kepada China tetapi juga menjangkaui keseluruhan komuniti antarabangsa terutama polis antarabangsa (Interpol).

 

Semasa lawatan beliau di negara ini, Ahmad Zahid menghadiri majlis pembukaan rasmi Perhimpunan Agung Interpol ke-86 dnm mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin China

 

Beliau telah membangkitkan supaya fungsi kepolisian Interpol dipertingkat melalui perkongsian maklumat antara 158 negara anggotanya, menyediakan latihan berterusan dalam kalangan 12 juta anggota polis di seluruh diunia dan mengikuti perkembagnan teknologi terkini bagi memberi jaminan menjadikan dunia ini tempat yang lebih selamat.

 

Antara pemimpin yang ditemui timbalan perdana menteri ialah Setiausaha Hal Ehwal dan Politik dan Undang-undang pusat Parti Komunis China Meng Jianzhu dan Menteri Keselamatan Awam China Guo Sheng Kun.

 

Beliau juga mengambil peluang untuk menyuarakan keprihatinan Malaysia kepada negara kuasa besar itu akan perlunya bantuan kemanusiaan antarabangsa bagi etnik Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh daripada penindasan kerajaan Myanmar dalam negeri Rakhine.

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 22 Mac 2024.
Jumlah Pelawat : 1077163

moha qrcode