telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Bajet 2018- Keutamaan keperluan kepolisan moden

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) berharap Bajet 2018 yang akan dibentangkan Jumaat ini memberi keutamaan terhadap keperluan kepolisan moden terutama dalam meningkatkan aset dan perkakasan yang sesuai bagi membanteras judi dalam talian dan jenayah siber.

 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau juga berharap aset dan perkakasan itu dapat ditingkatkan sesuai dengan tuntutan semasa agensi dan jabatan di KDN.

 

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kementerian turut memohon agar kebajikan pegawai dan anggota jabatan serta agensi di bawah KDN diberikan perhatian sewajarnya. “Kami juga mahu kuarters anggota polis dipertingkatkan dengan membaiki serta menambahbaik kemudahan sedia ada termasuk meningkatkan isu berkaitan kekurangan belanja operasi," katanya pada sidang media sempena Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya, hari ini.

 

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau juga mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya kos pengambilan pembantu rumah dikurangkan supaya tidak membebankan penjawat awam. Katanya, beliau juga berharap prosedur dan peraturan baru berkaitan pengambilan pembantu rumah dapat mengurangkan beban pegawai kerajaan.

 

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, beliau mahu soal integriti diberikan perhatian sewajarnya dalam sesebuah organisasi, jabatan mahupun kementerian. "Dalam soal integriti, pasti ada dalam satu tandan itu buah yang tidak baik tetapi tidak mustahil dalam satu tandan juga semua buah baik. Maksud saya, dalam sesebuah organisasi ada individu yang mempunyai pelakuan yang akan merosakkan dan menjejaskan organisasi namun, kita berusaha agar semua pihak dapat menjaga organisasi masing-masing.

 

"Saya memberikan penekanan ini kerana menjaga integriti berada di atas segala prinsip kebaikan. Jika kita melakukan kebaikan tetapi tanpa integriti apa yang dilakukan akan dipersoal dan dipertikai orang di luar sana," katanya.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121352

moha qrcode