telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA ÔÇô PERANCANGAN MENJADIKAN PENJARA KAMUNTING SEBAGAI PENJARA AGRO SELEPAS OPERASI PENAHANAN ISA DITAMATKAN

Latarbelakang

 Enam tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan pada 5 Januari 2014 berikutan pemansuhan ISA pada 15 September 2011.

Sebelum ini Tempat Tahanan Perlindungan Taiping (TTPT) menempatkan tahanan di bawah ISA dan juga banduan di bawah kategori Pra Bebas (baki hukuman bawah dua tahun).

Setelah enam tahanan berkenaan dibebaskan kini  hanya terdapat seramai 314 banduan yang masih menghuni di bangunan berkenaan.

 Mereka yang tinggal di situ membuat kerja-kerja pertanian, ternakan dan bengkel perusahaan.

Berasaskan kapasiti keseluruhan, penjara berkenaan masih  boleh menempatkan seramai 486 banduan lagi.

Penjara ini tidak menerima kemasukan terus banduan dari mahkamah sebalik menerima mereka daripada penjara lain yang dipilih dan dipindahkan.

Disamping digunakan untuk penempatan banduan yang menjalani kemahiran pertanian dan bengkel perusahan, penjara ini juga digunakan untuk menempatkan sejumlah kecil banduan kes CBT iaitu di bawah pengkategorian penjara yang dilaksanakan.

Pengkategorian berkenaan bertujuan untuk penambahbaikan/pengkhususan pemulihan penjara bagi meningkatkan lagi keberkesanan pemulihan yang dilaksana berasaskan kesalahan.

TTPT mempunyai keluasan tanah keseluruhan tempat tahanan berjumlah 93.3 hektar yang subur  dan sesuai digunakan bagi aktiviti kemahiran yang melibatkan bidang pertanian dan penternakan.

Perancangan

Setelah tahanan ISA tiada lagi Jabatan Penjara Malaysia (JPM) membuat perancangan jangka panjang untuk penjara berkenaan memberikan  tumpuan utama dalam bidang pertanian (tanaman dan ternakan) serta berbagai aktiviti sampingan yang memberi manfaat kepada pembangunan semula diri banduan, JPM dan masyarakat.

Perancangan membabitkan bidang pertanian sebagai salah satu bentuk kemahiran untuk banduan di penjara berkenaan dibuat berasaskan beberapa justifikasi dan objektif seperti berikut:

TTPT mempunyai kawasan luas dan sesuai untuk pertanian  dan hasil  yang dikeluarkan sepanjang tahun 2013 berjumlah RM 520,000.00 dapat dimanfaatkan JPM dan warga banduan.

Dapat mempelbagaikan peluang latihan kemahiran untuk banduan terutama dalam bidang pertanian dan penternakan serta pemerosesan makanan daripada hasil pertanian;

Menjimatkan kos pengurusan melalui pengeluaran secara skala besar dan sara diri. Hasil pertanian yang melibatkan sayuran, ternakan dan buahan dapat digunakan sebagai salah satu bahan makanan harian untuk banduan di penjara berkenaan dan juga penjara-penjara di sekitar;

Hasil pertanian seperti pisang dapat digunakan oleh penjara berkenaan atau penjara lain dan pada ketika ini mengeluarkan produk makanan berasaskan hasil pertanian;

Mendekatkan masyarakat dengan banduan melalui penjualan hasil dan agro tourism di samping banduan merasakan mereka  dihargai dan dapat berbakti kepada masyarakat walaupun masih menjalani hukuman di penjara;

Penjara Kamunting juga mempunyai padang golf dan banduan boleh diberikan latihan yang diiktiraf dan bersijil bagi  penyelenggaraan padang golf berkenaan; dan

Memberikan latihan bersijil yang diiktiraf dan boleh digunakan semasa pembebasan dalam bidang pertanian dan penyelenggaraan.

Perancangan jangka panjang

Perancangan jangka panjang untuk Penjara Kamunting ke arah memberi pemulihan dalam bentuk industri dan latihan vokasional yang menghasilkan Produk Hasil Pertanian dan Penternakan seperti berikut:-

Membekal kemahiran tinggi berbentuk pertanian (penanaman sayur-sayuran, penternakan haiwan, penternakan ikan iar tawar, dan perladangan kenaf -penanaman dan pemprosesan);

Menghasilkan sayur-sayuran yang dapat dibekalkan kepada penjara-penjara sebagai bekalan makanan untuk banduan, peniaga setempat, penduduk  setempat dengan sasaran pengeluaran melebihi 800 kilogram sebulan dan nilai jualan setahun bernilai kira-kira RM 250, 000.00;

Menjadi pusat ternakan ikan air tawar bagi membekalkan ikan air tawar seperti  keli dan tilapia kepada  10  penjara dengan hasil bekalan di jangkakan 10 tan sebulan;

Menjadi pusat ternakan dan pemperosesan serta pengeluaran hasil penternakan lembu, kambing dan ayam kampung. Usaha ternakan telah dijalankan dan akan diperluaskan melibatkan pemerosesan sebelum jualan;

Menjadi pengeluar benih ikan air tawar dan pemerosesan serta pengeluaran makanan ikan air tawar;

Menghasilkan tanaman buahan seperti betik dan pisang yang boleh digunakan untuk sebahagian dari bekalan makanan harian banduan di Penjara Kamunting dan penjara sekitar, jualan kepada penduduk setempat

Hasilnya juga boleh menjadi  pembekalan bahan yang  diproses sendiri Penjara Kamunting serta penjara  lain kerana pada ketika ini mereka mengeluarkan produk berasaskan pertanian.

Membekal kemahiran berkaitan pengurusan tapak semaian bagi tanaman hiasan dan landskap.

 Memastikan semua latihan kemahiran diberikan sijil melalui Sistem Latihan Dual Nasional.

Lain-lain

Dalam usaha mempelbagaikan latihan pemulihan diri seseorang penghuni dan bentuk kemahiran  mereka boleh dipelbagaikan berasaskan  kecenderungan  serta keupayaan penjara berkenaan. Langkah berikut akan dilaksana atau diteruskan:

Memberi kemahiran dalam penyelenggaraan dan pengurusan golf  dimana penjara ini mempunyai padang golf sembilan lubang dengan keluasan 40 hektar;

Bengkel yang sedia ada seperti dobi, bengkel kayu, kimpalan, jahit akan diteruskan dan diperluaskan kerana ia dijangka dapat memberikan latihan kepada lebih dari 100 banduan dan dapat menghasilkan pendapatan kira-kira RM300,000 setahun; dan

Kawasan yang sesuai turut dikenalpasti untuk diaplikasikan konsep Agro tourism dan konsep mesej dari penjara (pendidikan pencegahan jenayah). Konsep lawatan menyertai aktiviti pertanian, pendidikan pencegahan jenayah dan perkhidmatan restoran untuk pelawat dapat diketengahkan.

Kesimpulan

Perancangan menjadikan Penjara Kamunting sebagai penjara agro adalah memberi keutamaan  memulih, membina semula diri penghuni serta membekalkan mereka dengan kemahiran yang diiktiraf merupakan tumpuan utama yang diberikan penekanan dan bukannya keuntungan semata-mata.

Dengan pelaksanaan cadangan ini dijangkakan seramai 800  banduan yang ditempatkan di Penjara Kemunting akan menerima kemahiran yang bersesuaian secara bersijil.

Jabatan Penjara akan mengambil langkah positif dari segi keperluan latihan kepakaran dan  peralatan untuk melaksanakan perancangan tersebut.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121345

moha qrcode