telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

KENYATAAN MEDIA TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI SEMPENA LAWATAN KERJA KE REP. SINGAPURA PADA 8

 

YB Datuk Dr. Wan Junaidi Tunku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri sedang dalam rangka lawatan kerja ke Republik Singapura mulai  8 hingga 12 November 2013.

Beliau turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), YBhg. Puan Sri DatoÔÇÖ Zuraidah Haji Mohamed.

Lawatan kerja ini adalah bagi mempertingkatkan hubungan kerjasama keselamatan di antara Malaysia dan Singapura terutamanya dalam menangani masalah ancaman dadah merangkumi aspek penawaran serta permintaan dadah.

Lawatan kerja ini juga adalah susulan kepada Memorandum Persefahaman (MoU) di dalam membenteras jenayah dadah yang telah dimuktamadkan oleh kedua negara pada 26 Jun 2012.

Malahan, Malaysia dan Singapura telah bekerjasama rapat di peringkat serantau menerusi platform ASEAN bagi menangani isu ancaman jenayah rentas sempadan termasuk dadah.

Semasa lawatan kerja tersebut, Y.B. Datuk Dr. Wan Junaidi telah mengadakan kunjungan hormat dan pertemuan dengan T.Y.T. Teo Chee Hean, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Republik Singapura serta pertemuan dengan rakan sejawat beliau, T.Y.T. Masagos Zulkifli Masagos Mohamed, Menteri Kanan Hal Ehwal Dalam dan Luar Negeri.

Semasa pertemuan dengan T.Y.T Teo Chee Hean, kedua pihak bersetuju untuk mempertingkatkan lagi kerjasama dalam membentaras ancaman gejala dadah.

Dalam usaha untuk mengekalkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam, Singapura menyokong langkah yang diambil oleh Malaysia baru-baru ini untuk membuat pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1959 di mana negara tersebut juga turut mengambil inisiatif yang sama untuk memperkasakan perundangan sedia ada.

Singapura turut memuji kejayaan PDRM di atas kejayaan menurunkan kadar jenayah terutamanya di negeri Johor.

Y.B. Datuk Dr. Wan Junaidi dan delegasi  turut melawat dan diberikan taklimat mengenai trend jenayah dadah di negara tersebut merangkumi aspek penguatkuasaan, pemulihan dan reintegrasi di Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara dan Biro Narkotik Republik Singapura.

Kedua-dua negara bersetuju bekerjasama memberi maklumat antara satu sama lain apabila mendapat tahu ada sindiket dadah akan mengedar dadah ke negara jiran melalui lapangan terbang masing-masing.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikenal pasti menyeludup dadah ke Singapura melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Singapura, Changi.

Penyeludup dadah di Singapura juga didapati  melalui melakukan kegiatan sama ke KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok.

Pihak berkuasa kedua-dua negara akan terus bertukar maklumat sekiranya mendapat maklumat berlaku di lapangan terbang masing-masing melalui pegawai penguat kuasa masing-masing tanpa lagi memberitahu pihak tertinggi kerajaan.

Melalui kerjasama ini kegiatan penyeludupan dadah di peringkat negara anggota Asean dapat dibanteras dengan berkesan.

Kedua-dua negara yakin mereka bukan pembekal dadah antarabangsa sebaliknya menjadi negara transit kepada pengedar dari negara lain.

Oleh itu kerjasama erat dalam konteks pertukaran maklumat risikan antara kedua-dua negara amat penting dijalin kerana ia boleh membebaskan rakyat negara masing-masing d terjebak dengan gejala dadah yang boleh membawa padah kepada kestabilan sosio-ekonomi masyarakat di rantau ini.

Menerusi lawatan kerja ini, Malaysia dan Republik Singapura juga  dapat berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam menangani ancaman gejala dadah secara efektif termasuk aspek rawatan dan pemulihan kepada penagih.

T.Y.T. Masagos Zulkifli, Menteri Kanan Hal Ehwal Dalam dan Luar Negeri Republik Singapura akan membuat lawatan balas ke Malaysia mulai 2 hingga 4 Disember 2013.

 

 

 

Disediakan:

 

Unit Komunikasi Korporat,

Kementerian Dalam Negeri

12 NOVEMBER 2013

 

-TAMAT-

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 26 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1091328

moha qrcode