telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

KENYATAAN MEDIA PENGERUSI MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (MAPO)

KENYATAAN MEDIA 

PENGERUSI MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN

ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (MAPO) 

Merangkap 

KETUA SETIAUSAHA (KSU) KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)

DATUK SERI MOHAMAD KHALID  SHARIFF

Mengenai

KEBENARAN BEKERJA BAGI MANGSA PEMERDAGANGAN BURUH

PADA 5 MAC, DI PUTRAJAYA

 

Sebagai Pengerusi MAPO saya dengan ini  mengeluarkan kenyataan berikut:

1.        Di dalam usaha berterusan untuk menambahbaik tahap perlindungan mangsa pemerdagangan orang di negara ini, Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) dengan sukacita ingin mengumumkan dasar terbaru mengenai kebenaran bekerja bagi mangsa-mangsa pemerdagangan buruh berkuatkuasa 1 Mac 2014.

2.        Dasar ini hanya dikhususkan bagi mangsa pemerdagangan buruh (lelaki dan wanita) yang tidak memerlukan perlindungan dan jagaan secara lebih lanjut.

3.        Pada masa ini, mangsa pemerdagangan orang ditempatkan di Rumah-Rumah Perlindungan setelah diberikan  Perintah Perlindungan Tetap (Protection Order - PO) berdasarkan kepada Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. 

4.        Sebelum ini, Kerajaan telah membuat pengumuman dasar pada 12 Januari 2012 di mana mangsa pemerdagangan buruh diberikan kebenaran bekerja setelah tamat tempoh PO.

5.        Susulan daripada pengumuman tersebut, 37 mangsa pemerdagangan buruh telah diberikan kebenaran bekerja melibatkan 32 warganegara Bangladesh dan lima (5) warganegara India.

6.        Dasar terbaru ini akan melibatkan kes-kes buruh termasuk pertikaian gaji dengan syarat tiada kecederaan fizikal kepada mangsa tersebut.

7.        Selain itu, kebenaran ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh MAPO seperti berikut:

i)          Kemasukan mangsa ke Malaysia adalah melalui cara dan dokumen yang sah;

ii)        Memiliki kontrak kerja yang sah dan Pas Lawatan (Kerja Sementara);

iii)       Mendapat tawaran kerja daripada majikan baru;

iv)       Persetujuan mangsa untuk bekerja;

v)        Mendapat kebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN);

vi)       Mendapat kebenaran daripada perwakilan diplomatik; dan

vii)     Bakal majikan membenarkan mangsa untuk hadir ke mahkamah bagi tujuan merakamkan keterangan dan menjadi saksi.

8.        Mangsa pemerdagangan buruh yang akan terlibat di dalam program ini kelak akan diberikan Pas Khas Imigresen secara bulan ke bulan. 

9.        Mangsa terbabit akan diberikan Pas Lawatan (Kerja Sementara) setelah mendapat pekerjaan.

10.     Walaubagaimanapun, mangsa terbabit akan dihantar pulang ke negara asal sekiranya mereka tidak mendapat tawaran pekerjaan yang baru dalam tempoh ditetapkan. 

11.     Pelaksanaan inisiatif ini adalah selaras dengan saranan yang dikemukakan oleh Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai Pemerdagangan Orang (US TIP Report) bagi tahun 2013 yang mengesyorkan agar mangsa dibenarkan tinggal di luar rumah perlindungan serta dibenarkan  bekerja.

12.      Sebagai Pengerusi MAPO, saya amat berharap agar pelaksanaan dasar baru ini kelak akan dapat mempertingkatkan kedudukan penilaian Malaysia di dalam US TIP Report yang dijangka akan dikeluarkan pada bulan Jun 2014.

 

 

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121346

moha qrcode