telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG PERINTAH LARANGAN TERHADAP PENERBITAN BERTAJUK ÔÇ£PEREMPUAN NAN BERCINTAÔÇØ KARYA FAISAL TEHRANI

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PERINTAH LARANGAN TERHADAP PENERBITAN BERTAJUK ÔÇ£PEREMPUAN NAN BERCINTAÔÇØ KARYA FAISAL TEHRANI

 

1. ┬á ┬á ┬á ┬áDimaklumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan Perintah Larangan berkuatkuasa 9 April 2014 terhadap penerbitan novel bertajuk ÔÇ£Perempuan Nan BercintaÔÇØ karya Faisal Tehrani kerana mungkin memudaratkan ketenteraman awam. Novel tersebut adalah terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad dan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB).┬á

2.        Warta Perintah Larangan ini adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301). Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam adalah dilarang secara mutlak di seluruh Malaysia. 

3.        Alasan kenapa penerbitan ini dikenakan Perintah Larangan kerana mengandungi unsur seperti berikut: 

i.              Mempertikai dan memperlekehkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang seolah-olah mendiskriminasikan kaum wanita. Hadith-hadith ini dianggap punca al-Quran dipandang seperti mentaliti primitif Eropah pada abad pertengahan. Pandangan ini adalah perspektif skeptikal yang sengaja diberikan untuk memburuk-burukkan hadith tersebut walhal hadith tersebut mempunyai konteks tertentu. 

ii.             Mendewa-dewakan Ahlul Bayt secara berlebihan dan menafikan Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai mazhab yang diterima. Terdapat cubaan membawa hadith palsu berkenaan keutamaan Ahlul Bayt seperti yang terkandung di dalam kitab-kitab Syiah. Golongan yang dikatakan tidak mengikut Ahlul Bayt (yang seolah-olah bermaksud ajaran Syiah) sebagai golongan yang diragui. 

iii.           Unsur seolah-olah ajakan menentang pihak berkuasa Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan alasan kebebasan bermazhab. Mendakwa kewujudan dan penubuhan institusi atau agensi yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama rasmi akan menyempitkan pengertian agama kepada kelompok tertentu sahaja sedangkan yang lain akan dianggap salah dan disekat. Dakwaan bahawa menginstitusikan agama akan menyebabkan agama menjadi milik manusia yang mentafsirkan Al-Quran dan Al-Sunnah sesuka hati menurut fahaman sendiri. 

4.     Larangan penerbitan ini adalah bertepatan dengan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 yang antara lain memutuskan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-undang Islam. Muzakarah juga menetapkan semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam dan hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sehubungan itu, penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa- apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan. 

5.     Adalah ditegaskan bahawa keputusan ini dibuat bagi menghalang suatu cubaan untuk menyuntik propaganda Syiah menerusi karya kreatif yang mungkin disasarkan kepada golongan akademik dan remaja. Ianya juga mungkin boleh mendatangkan implikasi negatif dengan mengelirukan pegangan syariat Islam (Ahli Sunnah Wal Jamaah) umat Islam di Negara ini dan memberi implikasi serius dari sudut keselamatan dan sosial masyarakat Islam di Malaysia. Pertembungan dua aliran antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah ini juga dikhuatiri boleh mencetuskan ancaman keselamatan dan ketenteraman awam di kalangan umat Islam.

 

T A M A T

 

Kementerian Dalam Negeri

2 Mei 2014

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121333

moha qrcode