telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

SINDIKET PEMALSUAN DOKUMEN BAGI URUSAN DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

 

KENYATAAN MEDIA

SINDIKET PEMALSUAN DOKUMEN BAGI URUSAN DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa memandang serius terhadap sebarang dakwaan dan aduan orang ramai tentang penglibatan sindiket atau mana-mana agen yang menawarkan permohonan pekerja asing kepada pihak majikan.

KDN menegaskan bahawa pihak kementerian tidak pernah melantik sebarang pihak sebagai perantara (orang tengah) kononnya bagi memudahkan urusan permohonan pekerja asing.   Permohonan pekerja asing adalah diuruskan secara terus oleh majikan.  Justeru, jika ada pihak yang mengaku sebagai agen atau wakil kementerian maka ia adalah tidak benar. 

Sekali lagi KDN menegaskan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kegiatan yang tidak berintegriti ini.

 

DatoÔÇÖ Mohamad Khalid bin Hj Shariff

Ketua Setiausaha

Kementerian Dalam Negeri

16 Mei 2014

Putrajaya

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121331

moha qrcode