telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Bengkel Asean Dan Commit : Pengenalpastian Mangsa Pemerdagangan Orang Dan Jenis Eksploitasi Yang Berkaitan

 

KENYATAAN MEDIA

BENGKEL ASEAN DAN COMMIT : PENGENALPASTIAN MANGSA PEMERDAGANGAN ORANG DAN JENIS EKSPLOITASI YANG BERKAITAN

15 - 16 Disember 2015

Kuala Lumpur

 

1.Malaysia dan Australia - Asia Program to Combat Trafficking in Persons (AAPTIP) sedang menganjurkan secara bersama Bengkel ASEAN dan COMMIT : Pengenalpastian Mangsa Pemerdagangan Orang dan Jenis Eksploitasi yang Berkaitan selama dua hari di Kuala Lumpur bermula 15 Disember 2015. Bengkel ini dirasmikan secara bersama oleh YB Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri I dan Tuan Rod Smith, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia.

2.AAPTIP merupakan kesinambungan daripada kejayaan dua (2) program sebelum ini yang dikelolakan oleh Kerajaan Australia iaitu Asia Regional Cooperation to Prevent People Trafficking (ARCPPT: 2003-2006) dan Asia Regional Trafficking in Persons Project (ARTIP: 2006-2012). Objektif program ini adalah untuk membanteras dan mengekang jenayah pemerdagangan orang di rantau Asia Tenggara melalui capacity building.

3.Pada tahun 2008, Malaysia telah menganjurkan secara bersama Program Rintis ASEAN Bagi Kesedaran Mengenai Jenayah Pemerdagangan Orang Untuk Hakim-Hakim dan Pegawai-Pegawai Pendakwaraya dari 7 hingga 9 April 2008 di Putrajaya di bawah Projek Asia Regional Trafficking in Persons (ARTIP). Program ini bertujuan untuk meningkatkan kepakaran hakim-hakim dan pegawai-pegawai pendakwaraya dalam menguatkuasakan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. Lanjutan daripada kursus ini, Specialist Prosecutors Course telah diadakan di Melaka pada 7 hingga 9 Julai 2009.

4.Dalam konteks yang sama, Malaysia dengan kerjasama AAPTIP telah menganjurkan Bengkel ASEAN Ke-4 Mengenai Tindak Balas Berkesan Dalam Sistem Keadilan Jenayah Sebagai Sokongan Kepada Mangsa Pemerdagangan Orang di Kuala Lumpur pada 28 - 30 April 2014. Bengkel tersebut bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik negara anggota ASEAN dalam menguatkuasakan perundangan berkaitan jenayah pemerdagangan orang di Negara masing-masing.

5.Bengkel ASEAN dan COMMIT : Pengenalpastian Mangsa Pemerdagangan Orang dan Jenis Eksploitasi yang Berkaitan ini ialah salah satu program yang dirancang dalam kerangka pelan penubuhan AAPTIP untuk dilaksanakan oleh Australian Aid pada September 2013. Fokus utama bengkel ini adalah bagi merangka indikator khusus untuk kegunaan agensi penguatkuasa jenayah pemerdagangan orang dalam proses pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang.

6.Bengkel ini disertai oleh kira-kira 75 orang yang terdiri daripada wakil agensi-agensi penguatkuasa, perundangan serta perlindungan termasuk hakim, pendakwaraya dan penggubal dasar daripada negara-negara anggota ASEAN.

7.Dalam hubungan yang sama, bengkel ini akan turut dihadiri oleh Dr. Anne Galagher, pakar perundangan berkaitan pemerdagangan orang serta pakar-pakar dari Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

8.Penganjuran bengkel ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan Malaysia dalam menangani isu pemerdagangan orang. Ini juga merupakan inisiatif Malaysia untuk menambahbaik aspek perlindungan mangsa pemerdagangan orang yang berteraskan hak asasi manusia.

9.Bengkel ini bertujuan menyediakan rangka kerja menyeluruh bagi rakan-rakan strategik dalam menjalin kerjasama serantau ke arah membanteras jenayah pemerdagangan orang selaras dengan aspirasi Konvensyen ASEAN Mengenai Pemerdagangan Orang Terutamanya Wanita dan Kanak-kanak (ACTIP) yang telah ditandatangani oleh sepuluh pemimpin negara anggota ASEAN semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke 27 pada 21 November 2015 di Kuala Lumpur.

10.Penganjuran bengkel ini merupakan manifestasi komitmen berterusan Kerajaan dalam menangani jenayah pemerdagangan orang melalui kerjasama strategik dengan negara ¼ - negara luar dan pertubuhan - pertubuhan antarabangsa. Ini adalah selaras dengan fungsi Kementerian Dalam Negeri yang menjadi peneraju bagi isu-isu berkaitan jenayah rentas sempadan di Malaysia.

###

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2024.
Jumlah Pelawat : 1106216

moha qrcode