telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Perubahan Tempoh Pelaksanaan Program Penggajian Dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

MENGENAI

PERUBAHAN TEMPOH PELAKSANAAN 
PROGRAM PENGGAJIAN DAN PENEMPATAN SEMULA PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) 

14 MAC 2016


1.  Kerajaan akan memendekkan tempoh Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI atau Program Rehiring yang dijadualkan berakhir pada 31 Disember 2016 kepada 30 Jun 2016.

2.  Program Rehiring telah dilaksanakan secara atas talian bermula pada 15 Februari 2016 bagi PATI dari 15 negara sumber sedia ada. Bagi tempoh 15 Februari 2016 hingga 10 Mac 2016 sejumlah 15,822 orang PATI telah didaftarkan di bawah Program Rehiring meliputi 9,738 orang PATI warganegara Indonesia, 3,808 PATI warganegara Bangladesh, 425 orang PATI warganegara Myanmar dan 1,851 orang PATI lain-lain warganegara.

3.  Berdasarkan penilaian yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri, walaupun Program Rehiring telah dilaksanakan dalam tempoh hampir sebulan beserta operasi penguatkuasaan secara besar-besaran giat dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, prestasi yang dicapai oleh Program Rehiring  adalah masih tetap di tahap yang tidak memuaskan ekoran masih terdapat ramai majikan yang didapati menggaji PATI.

4.  Oleh yang demikian, Kerajaan ingin menyeru agar para majikan menggunakan peluang yang ada untuk menyertai Program Rehiring bagi membolehkan PATI dikeluarkan permit kerja yang sah.

5.  Kerajaan turut tidak akan teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana majikan yang menggaji PATI selaras dengan kesalahan di bawah Seksyen 55(B) Akta Imigresen 1959/ 63 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM 10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pekerja yang diambil. Pada masa yang sama mana-mana majikan yang mengambil pekerja lebih dari 5 orang boleh dikenakan penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak lebih 5 tahun dan boleh dikenakan tidak lebih 6 sebatan.

6.  Permohonan Program Rehiring oleh majikan dan PATI hanya boleh dilakukan secara atas talian melalui portal rehiring.imi.gov.my. Syarat-syarat terperinci program turut boleh dimuat turun di laman web yang sama.

7.  Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Rehiring boleh dirujuk kepada Pusat Panggilan Program Rehiring mengikut warganegara seperti berikut:

Pertanyaan Mengikut Warganegara

No. Telefon

Emel

Republik Indonesia

03 - 4149 4788

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Myanmar

07-333 4797 / 07-333 6797 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Lain-lain Warganegara

03 - 7801 8888

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

8.  Sebarang pertanyaan lanjut berhubung Program Rehiring juga boleh dibuat dengan menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Imigresen Malaysia di talian 03-8880 1555 atau 03-8880 1557 pada setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam.

 Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03-8886 8533

 

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121309

moha qrcode