telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

LAPORAN TAHUNAN JABATAN NEGARA AMERIKA SYARIKAT MENGENAI PEMERDAGANGAN ORANG (US TIP REPORT) TAHUN 2017

KENYATAAN MEDIA
 
YBHG. DATO’ SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI 
MERANGKAP 
PENGERUSI MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (MAPO)
 
MENGENAI
 
LAPORAN TAHUNAN JABATAN NEGARA AMERIKA SYARIKAT MENGENAI PEMERDAGANGAN ORANG (US TIP REPORT) 
TAHUN 2017
 
28 JUN 2017
 
1. Malaysia telah dinaikkan ke Tahap 2 dalam Laporan Tahunan mengenai Pemerdagangan Orang (US TIP Report) tahun 2017. Laporan ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) pada 27 Jun 2017 melibatkan penilaian terhadap 187 buah negara mengenai usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang melalui 3 komponen utama iaitu pendakwaan, perlindungan dan pencegahan. 
 
2. Kedudukan ini adalah pencapaian terbaik negara sejak tahun 2007 iaitu setelah negara mempunyai perundangan khusus mengenai pemerdagangan orang. Pencapaian ini adalah hasil komitmen padu yang ditunjukkan oleh ahli Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) melalui High Level Committee (HLC) MAPO yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri. 
 
3. Pengiktirafan ini adalah berdasarkan peningkatan siasatan, pendakwaan dan sabitan kes pemerdagangan orang berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, Malaysia telah menambahbaik inisiatif negara dengan penglibatan aktif Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam perlindungan mangsa pemerdagangan orang susulan dari pindaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) pada tahun 2015. 
 
4. JNAS juga telah mengalu-alukan usaha Malaysia untuk mengukuhkan kerjasama antara agensi dalam aspek siasatan melalui penubuhan Pasukan Petugas Khas (Task Force) Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) yang terdiri daripada pelbagai agensi. 
 
5. Dari aspek pendakwaan, Malaysia telah merekodkan peningkatan yang ketara dalam pertuduhan dengan 35 individu telah dijatuhkan hukuman berbanding hanya 7 pada tahun 2015. Malaysia akan terus meningkatkan keberkesanan pendakwaan dan pertuduhan melalui kerjasama antara agensi penguatkuasa, timbalan pendakwa raya dan pegawai pelindung mangsa pemerdagangan orang termasuk memperluaskan pendedahan kepada badan kehakiman mengenai eksploitasi dan pemerdagangan orang termasuk buruh paksa. 
 
6. Laporan tersebut turut menyentuh mengenai penglibatan sebahagian kecil penjawat awam khususnya agensi penguat kuasa dalam kegiatan berkaitan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dimana seramai 42 individu telah ditahan, disiasat dan dikenakan tindakan. Perkara ini menunjukkan ketelusan kerajaan yang tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini. 
 
7. Bagi memperbaiki usaha negara dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang pada masa hadapan, Malaysia dicadangkan untuk memperbaiki pelaksanaan peraturan-peraturan yang telah dikuat kuasakan melalui pindaan kepada Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 pada tahun 2015 terutamanya kebenaran bekerja dan bergerak bebas kepada mangsa pemerdagangan orang. 
 
8. Malaysia perlu menambahbaik aspek perlindungan mangsa pemerdagangan orang melalui kolaborasi strategik dengan NGO dalam pelaksanaan program kepada mangsa termasuk penyediaan rumah perlindungan tambahan. Ini bagi menangani isu lebihan kapasiti di rumah perlindungan kerajaan serta memberikan layanan kepada mangsa berdasarkan hak asasi manusia. 
 
9. Dalam hal ini kerajaan menyambut baik penglibatan NGO dalam aspek pelindungan mangsa pemerdagangan orang termasuk sebagai pegawai pelindung kepada mangsa tersebut termasuk pelantikan 12 orang individu sebagai pegawai pelindung. Bagi menzahirkan keterbukaan kerajaan, sumbangan kewangan akan disalurkan kepada 2 NGO yang telah dikenalpasti untuk menguruskan rumah perlindungan mangsa pemerdagangan orang mulai Julai 2017. 
 
10. Kerajaan juga ingin menyeru majikan supaya memberikan komitmen dalam pembayaran levi pekerja asing sebagaimana dipersetujui untuk dilaksanakan bermula pada Januari 2018. Perkara ini dilaksanakan sebagai langkah pencegahan supaya pekerja asing tidak terjerumus dalam situasi keterikatan hutang (debt bondage) dan kemungkinan dieksploitasi.
 
11. Malaysia akan terus komited di dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang ini melalui pelaksanaan sepenuhnya Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang (2016-2020) yang turut memberi fokus kepada kerjasama dengan negara rakan strategik termasuk Amerika Syarikat bagi memperbaiki aspek pencegahan,  pendakwaan dan perlindungan mangsa pemerdagangan orang. Kerajaan akan memastikan usaha negara ini terus diperkukuhkan selaras dengan hasrat negara untuk mencapai Tahap 1 pada penilaian tahun 2020.
 
 
 
 
#############
 
Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Jun 2017
 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121302

moha qrcode